PM Umum RM3.5 Juta Cat Flat Di Pandan @NajibRazak - pakdin.my

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersalaman dengan penduduk setempat ketika melawat penduduk Flat Pandan Jaya di sini hari ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersalaman dengan penduduk setempat ketika melawat penduduk Flat Pandan Jaya di sini hari ini.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan peruntukan RM3.5 juta untuk mengecat semula bangunan-bangunan rumah pangsa di kawasan Parlimen Pandan di Selangor.

“Saya janji meluluskan dan menyalurkan peruntukan sebanyak RM3.5 juta untuk mengecat flat-flat di sini dan ia boleh dimulakan tidak lama lagi.

“Kita (Barisan Nasional) buktikan bahawa rakyat mesti didahulukan dan ini baru sedikit, banyak lagi akan dinikmati sekiranya Selangor kembali kepada kerajaan BN,” katanya dalam ucapan ringkas ketika melawat penduduk Flat Pandan Jaya di sini.

Dalam majlis itu, Najib turut beramah mesra dengan kira-kira 200 penduduk setempat selain turut mengecat sedikit flat berkenaan sebagai simbolik penyaluran peruntukan tersebut.

Najib berkata beliau difahamkan bahawa pakatan pembangkang berjanji untuk mengecat bangunan-bangunan tersebut sejak mengambil alih negeri itu tetapi tidak menepati janji mereka.

“Justeru hari ini saya datang ke sini atas permintaan daripada Anggota Parlimen Pandan Datuk Seri Ong Tee Keat untuk melihat sendiri dan kemudiannya meluluskan dana kerajaan tersebut,” katanya.

Sementara itu, Ong yang menyambut baik pengumuman itu berkata 58 rumah pangsa kos rendah dan sederhana rendah akan dicat semula menggunakan peruntukan itu.

Katanya, ia termasuk 32 blok flat atau rumah pangsa kos rendah dan 22 blok kos sederhana rendah di Pandan Jaya serta empat blok Pangsapuri Inai, Pandan Indah, dan ia akan memberi manfaat kepada kira-kira 2,300 penduduk.

“Projek mengecat semula di Pandan Jaya ini dibuat atas permintaan rakyat kerana mereka berasa terkilan dan dukacita kerana janji kerajaan negeri Selangor untuk mengecat semula flat masih belum tertunai malah ada yang dicat sedikit kemudian ditinggalkan.

“Kerajaan BN sendiri sebelum ini telah mengecat sebanyak 16 blok flat di Pandan Jaya Fasa 2 selepas menerima permintaan penduduk,” katanya.

Perdana Menteri kemudiannya melancarkan Pusat Daerah Mengundi di Kampung Melayu Ampang sebelum menunaikan solat Zohor bersama penduduk di Masjid Jamil Huda yang terletak bersebelahan.

Najib turut menandatangan buku pelawat masjid dan makan bersama jemaah secara bersila.

UTAMAPM Umum RM3.5 Juta Cat Flat Di Pandan @NajibRazak

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium