Polis Johor Tumpaskan Satu Kumpulan Samun – Tiga Di Tembak Mati - pakdin.my

tiga-penjenayah-ditembak-johor
Polis Johor menumpaskan satu kumpulan samun ganas menggunakan senjata termasuk pistol dan parang yang dianggotai oleh tiga warga asing, pagi tadi.

Ketiga tiga penjenayah itu mati ditembak dalam satu kejadian berbalas tembakan di Kilometer 34 Lebuhraya Senai Desaru, Johor kira kira jam enam pagi .

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff ketika ini mengadakan sidang akhbar  berkata kumpulan tersebut  aktif melakukan samun terhadap mangsa di Perak dan Johor.

Penjenayah terbabit juga bertindak ganas mencederakan mangsa ketika melakukan samun.

Pagi tadi, selepas melakukan samun, penjenayah bertembung dengan sepasukan anggota polis yang melakukan rondaan.

Polis turut menemui dua pucuk pistol, dua bilah parang, alat pecah rumah, pelbagai hasil samun pada penjenayah terbabit.

 

UTAMABERITAPolis Johor Tumpaskan Satu Kumpulan Samun - Tiga Di Tembak Mati

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium