Kenapa Bagi Peluru Hidup? - pakdin.my

Rasanya tak perlulah orang itu nak bersusah payah menghantar peluru hidup mengunkan pos laju.

Lebih baik bagi sahaja AMARAN. Tak perlu guna poslaju memadai guna talipon atau SMS sahaja.

Kalau setakat bagi AMARAN polis tak perlu nak bersusah payah bertindak dan mebuat siasatan.

Polis Kenal Pasti Lokasi Sampul Surat Yang Dipos Kepada Hishammuddin

Polis berjaya mengenal pasti lokasi sampul surat mengandungi dua butir peluru hidup yang diposkan kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata ia diposkan melalui pos laju dari dalam negara.

“Mengenai perkembangan baru kes tersebut, kita sudah mengenal pasti dari mana pakej itu diposkan, dan kita sedang meneruskan siasatan lanjut,” katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa anjuran Celcom Axiata Berhad bersama Trafik Kuala Lumpur di Balai Polis Trafik, Jalan Tun H.S Lee.

Pada Rabu, Hishammuddin menerima peluru hidup dalam satu sampul surat di pejabatnya di Putrajaya yang turut mengandungi sebuah buku dengan ugutan bertulisan tangan pada muka surat pertama.

UTAMABERITAKenapa Bagi Peluru Hidup?

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium