Polis Minta Kerjasama Cari Lelaki Kaki Pukul (video) - pakdin.my

wpid-polis-cari-kaki-pukul.jpg

Polis meminta kerjasama orang ramai untuk tampil memberikan maklumat berkenaan kes seorang lelaki yang dipercayai memukul seorang lelaki lain dalam satu klip video yang tersebar di laman sosial kebelakangan ini.

Kerjasama itu diminta oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi laman Twitter beliau.

Menurut Tan Sri Khalid kes itu dilaporkan berlaku pada hujung tahun lalu, dan pihak polis telahpun membuka kertas siasatan.

Namun demikian identiti pelaku masih belum dikenal pasti.

Justeru bantuan orang ramai diperlukan bagi mengesan lelaki terbabit.

Tan Sri Khalid merujuk kepada klip video berdurasi kira-kira seminit yang menunjukkan seorang lelaki yang diikat tangannya, ditendang beberapa kali termasuk di bahagian muka oleh lelaki lain.

UTAMABERITAPolis Minta Kerjasama Cari Lelaki Kaki Pukul (video)

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium