Polis Pulau Pinang Sahkan Terima Maklumat Ancaman Keselamatan Psy - pakdin.my

舉起右手“甩繩子"是騎馬舞的經典動作之一。
舉起右手“甩繩子"是騎馬舞的經典動作之一。

GEORGE TOWN  — Polis Pulau Pinang Khamis mengesahkan menerima maklumat mengenai ancaman keselamatan terhadap penyanyi sensasi Korea Selatan Park Jae Sang atau dikenali sebagai Psy semasa kedatangannya ke negeri ini, Isnin lepas.

Ketua Polis negeri Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata selepas menerima maklumat tersebut, polis telah mengambil langkah keselamatan dan memberi kawalan ketat kepada semua pergerakan Psy semasa beliau berada di negeri ini.

“Kawalan ketat dan nasihat keselamatan juga diberikan sewaktu Psy mengadakan persembahan di Kolej Han Chiang pada Isnin lepas. Pada 12 Feb pukul 2.00 pagi polis telah mengatur kepulangan Psy tanpa diketahui umum,” katanya dalam kenyataan ringkas di sini Khamis.

Abdul Rahim mengulas mengenai kenyataan Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri Teng Chang Yeow yang mendakwa terdapat cubaan mengancam keselamatan nyawa Psy yang menjadi penyebab beliau enggan menyertai pemimpin BN dalam acara menggaul ‘yee sang’ pada majlis Rumah Terbuka 1Malaysia Tahun Baharu Cina di padang Kolej Han Chiang, Isnin lepas.

Teng berkata perkara itu sekali gus menolak dakwaan sesetengah pihak bahawa penyanyi yang popular dengan lagu ‘Oppa Gangnam Style’ itu enggan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menggaul ‘yee sang’ pada acara berkenaan.

UTAMABERITAPolis Pulau Pinang Sahkan Terima Maklumat Ancaman Keselamatan Psy

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium