Polis Pulau Pinang selamatkan 9 bayi, kanak-kanak daripada dijual - pakdin.my

sembilan bayi diselamatkan daripda dijual 1GEORGETOWN: Polis Pulau Pinang menyelamatkan sembilan bayi daripda dijual oleh satu sindiket yang didalangi wanita rakyat tempatan.

Bayi berkenaan terdiri tiga lelaki dan enam perempuan dengan tujuh daripadanya dipercayai warga Thailand, seorang tempatan dan seorang warga Bangladesh.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi, dalam sidang akhbar pagi tadi berkata, perbuatan terbongkar apabila satu pasukan khas Unit Anti Pemerdagangan Orang (ATIP) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang menahan 33 individu, termasuk dalang terbabit di negeri ini, Kedah dan juga Perak.

Katanya, sindiket terbabit dipercayai menjual bayi sejak tiga tahun lalu dan mampu mengaut keuntungan lebih RM30,000 untuk seorang bayi.

“Seorang wanita berusia lingkungan 50-an dikesan turut bersekongkol dengan seorang doktor swasta dan juga kakitangan Jabatan Pendaftaran bagi membolehkan kegiatan mereka berjalan dengan lancar.

“Polis membongkar kes berkenaan selepas menerima laporan berhubung seorang wanita warga asing yang menjual bayi berusia 40 hari dengan harga RM4,300 awal Disember tahun lalu.

“Susulan itu, kita menubuhkan satu pasukan khas ATIP dan melancarkan Ops Pintas Sayang untuk menjejaki semua anggota sindiket terbabit.
“Hasil risikan kita berjaya menyelamatkan sembilan bayi dan kanak-kanak yang berusia antara dua bulan hingga lapan tahun di sekitar negeri ini, Kedah dan juga Perak,” katanya.

UTAMABERITAPolis Pulau Pinang selamatkan 9 bayi, kanak-kanak daripada dijual

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium