Polis serbu 6 premis hiburan, tahan individu bantu siasatan kes bom (video) - pakdin.my

Polis serbu 6 premis hiburan, tahan individu bantu siasatan kes bom

Polis percaya menahan individu yang mungkin dapat membantu menyelesaikan kes letupan di Kompleks Sun selepas menyerbu enam premis hiburan di sekitar ibu negara awal pagi tadi bagi menjejaki suspek kes kejadian letupan bom di Bukit Bintang, Khamis lalu.

Operasi mengejut itu dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman, dibantu Pasukan Taktikal Khas Jenayah (STAFOC) ke atas enam premis terbabit dibuat selepas polis mempercayai lokasi itu menjadi tumpuan individu yang terbabit dalam aktiviti kongsi gelap untuk bertemu dan berhibur.

Seramai 620 pengunjung dan kakitangan enam premis hiburan berkenaan turut diperiksa.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian D7 Bukit Aman, Datuk Roslee Chik, berkata melalui operasi sedemikian, pihaknya yakin kes itu dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat.

Katanya, hasil penahanan beberapa individu, berkemungkinan mempunyai maklumat dan terbabit secara tidak langsung dengan insiden berkenaan akan mempercepatkan siasatan.

“Setakat ini kita dapat menahan individu yang mungkin dapat bantu kita selesaikan kes letupan itu disamping membanteras elemen kongsi gelap, maksiat dan dadah yang dipercayai turut wujud di sebalik operasi di premis berkenaan,” katanya ketika ditemui, Ahad.

Dalam kejadian beberapa hari lalu, seorang joki yang cedera parah maut manakala 13 lagi termasuk beberapa orang warga Thailand dan Singapura turut cedera dalam kejadian letupan bom awal pagi itu.

 

 

UTAMABERITAPolis serbu 6 premis hiburan, tahan individu bantu siasatan kes bom (video)

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium