Polis Tahan Ibu Tiri Kanak-Kanak Mangsa Dera Berhubung Kes Video Dera Di Facebook - pakdin.my

dera anak tiri facebookPolis menahan ibu tiri kanak-kanak lelaki yang didera bapa tirinya seperti tersebar dalam klip video di laman media sosial Facebook kira-kira pukul 10 malam Rabu, di Taman Meru Indah, Klang.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, ACP Rusdi Md Isa berkata wanita berkenaan ditahan di rumahnya bagi membantu siasatan dan telah dibebaskan setelah kenyataannya direkod.

“Wanita berusia 20 tahun itu merupakan individu yang merekod klip video ketika mangsa dikasari oleh suspek, yang turut berada bersama suspek dan mangsa ketika kejadian,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini Khamis.

Rusdi berkata polis telah memanggil dan mengambil kenyataan ibu kandung mangsa, berumur 29 tahun yang merupakan isteri tidak berdaftar suspek, berhubung kes itu.

Beliau berkata sehingga kini, polis merekod kenyataan empat individu, iaitu ibu tiri dan ibu kandung mangsa, jiran serta doktor bagi membantu siasatan.

Katanya, kes penderaan kanak-kanak lelaki berumur tiga tahun itu dipercayai berlaku dua bulan lepas dan klip video kejadian mula tersebar selepas seorang individu memuat naik ke laman Facebook sejak semalam.

Semalam, polis menahan seorang lelaki berumur 32 tahun, bapa tiri kepada mangsa di rumahnya di Taman Mas, Kapar di Klang selepas menerima laporan seorang kenalan suspek yang menonton klip video itu.

Ketika serbuan, suspek yang bekerja sebagai mekanik berada bersama kanak-kanak yang dikatakan didera itu.

Kanak-kanak itu kemudian dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini dan didapati mempunyai kesan kecederaan dipercayai akibat penderaan serta kini diletak di bawah pengawasan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Rusdi berkata kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dan suspek ditahan reman sehingga 15 Disember.

Kes penderaan itu hangat diperkatakan selepas klip video lapan minit dan 33 saat itu memaparkan seorang lelaki berbaju biru, berseluar jeans menampar, membaling serta menyepak seorang kanak-kanak yang menangis teresak-esak dimuat naik ke laman facebook.

+++++


+++

Klip video yang memaparkan seorang lelaki bertindak ganas dan tidak berperikemanusiaan terhadap seorang kanak-kanak lelaki tersebar luas di laman sosial sejak semalam.

Si pelaku yang juga bapa tiri mangsa disahkan telah ditahan oleh polis untuk membantu siasatan.

Klip video dengan durasi 8:33 minit ini antara lain memaparkan seorang lelaki bertindak ganas dengan menampar, memukul dan menendang mangsa berkali-kali.

Kanak-kanak lelaki ini yang dipercayai berusia tiga atau empat tahun turut dipukul dengan objek keras.

Tangisan kanak-kanak ini nyata tidak diendahkan sebaliknya terus dibelasah.

Sehingga satu peringkat, kanak-kanak ini dipaksa melutut dengan kedua-dua tangannya diangkat ke atas sambil dimarahi lelaki berkenaan.

Turut kelihatan dalam klip video ini, dua kanak-kanak lain.

Bagaimanapun, mereka tidak diapa-apakan.

Bukit Aman dalam satu kenyataan memaklumkan mangsa telah dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk rawatan.

Dia kini diletakkan di bawah pengawasan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1)(A), Akta Kanak-kanak 2001.

Sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau dipenjara selama 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

Identiti individu yang merakam klip video ini bagaimanapun tidak dimaklumkan.

+++

Video Klip Penderaan Kanak-kanak Di Facebook – Polis Tahan Seorang Lelaki Dera Anak Tiri »

dera anak tiri facebookKLANG, 12 Dis  — Polis menahan seorang lelaki berhubung kes penderaan seorang kanak-kanak berumur tiga tahun seperti yang tersebar dalam sebuah klip video di laman media sosial Facebook sejak Selasa. Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara Supt Jani Ahmad berkata lelaki berumur 32 tahun itu ditahan di rumahnya di Taman…

++++

UTAMABERITAPolis Tahan Ibu Tiri Kanak-Kanak Mangsa Dera Berhubung Kes Video Dera Di...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium