Polis Teliti Semula Bukti Dalam Kes William - pakdin.my

Longkang di Kampung Bukit Lanchong di mana William dipercayai terjatuh.
Longkang di Kampung Bukit Lanchong di mana William dipercayai terjatuh.

PETALING JAYA: Polis sedang meneliti semula kesemua bukti dan petunjuk dalam kes kehilangan William Yau Zhen Zhong termasuk kenyataan bercanggah diberikan oleh ahli keluarga dan saksi.

Pegawai penyiasat juga akan merakamkan semula kenyataan daripada ibu bapa dan abangnya berusia tujuh tahun serta beberapa saksi lain.

Kenyataan bercanggah yang diberikan oleh individu utama antara sebab bagi keputusan untuk meneliti semula maklumat yang dikumpul setakat ini.

Difahamkan, antara perkara yang bercanggah termasuk kenyataan bahawa bapa William hanya menyedari anaknya itu hilang selepas 15 minit memandu dan persoalan mengapa abangnya tidak memberitahu kepada kedua ibu bapanya lebih awal mengenai kehilangan William.

William berusia enam tahun, anak kedua pasangan Goh Ying Ying, 28, dan Yau Kok Hang, 32, dilaporkan hilang di Jalan Putra Mahkota, Putra Heights kira-kira pukul 8.30 malam pada 16 Januari.

Kanak-kanak tersebut dipercayai keluar dari kereta untuk mencari kedua ibu bapanya yang singgah di sebuah kedai elektrik.

Seorang nelayan di Kampung Sungai Sireh menemui mayatnya yang tersangkut di bot kira-kira pukul 6.30 petang pada 24 Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli mengesahkan kes tersebut sedang diteliti dari setiap sudut.

“Kekurangan bukti kukuh dari hasil bedah siasat memaksa kita untuk mencari petunjuk lain terutamanya di kawasan kanak-kanak itu hilang dan mayatnya ditemui.

“Semua pegawai kami fokus meneliti setiap teori termasuk kemungkin dia terjatuh ke dalam longkang atau dibunuh dan dibuang ke dalam sungai,” katanya pada Ahad.

Beliau berkata, polis akan merakam keterangan lanjut daripada abang William dan beberapa ahli keluarga yang lain.

Mengenai dakwaan yang disiarkan dalam media sosial dan spekulasi oleh akhbar harian bahawa William mungkin didera terlebih dahulu, Yahya berkata, polis tidak menemui laporan sedemikian.

Menurut beliau, keputusan ujian DNA bagi mengenal pasti mayat tersebut sebagai William akan diketahui pada pukul 10 pagi Isnin.

“Jika segalanya berjalan dengan lancar, mayat kanak-kanak itu akan dikeluarkan sebaik saja keputusan DNA diperolehi,” katanya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zini berkata, kes William yang diklasifikasikan sebagai kematian mengejut tidak bermakna bahawa polis tidak akan menyiasat kemungkinan lain termasuk pembunuhan.

“Kita masih akan menjalankan siasatan untuk mengetahui sama ada kanak-kanak lelaki itu dibunuh atau mati kerana kemalangan.

“Kami sedang menjejaki semula semua penemuan kami dengan teliti sepanjang siasatan, “katanya.

Mohd Bakri turut merayu kepada orang awam untuk tampil sekiranya mereka mempunyai maklumat berhubung kes tersebut.

UTAMABERITAPolis Teliti Semula Bukti Dalam Kes William

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium