Polis Tubuh Pasukan Siasat Kes Bakar Bayi - pakdin.my

bakar bayiPerbuatan kejam – kes penemuan mayat kanak-kanak perempuan yang dibakar.

Satu pasukan penyiasat ditubuhkan bagi menyiasat kes terbabit.

Pemangku Ketua Polis Johor Bahru Selatan, Superintenden Abdul Samad Salleh ketika dihubungi memaklumkan pihaknya sedang menunggu hasil bedah siasat.

Mayat kanak-kanak perempuan yang dibungkus plastik dengan kesan terbakar ini ditemui di tepi Jalan Salleh, Taman Ungku Aziz.

Polis turut meminta orang ramai yang melihat kejadian tampil membantu siasatan.

Mereka yang kehilangan kanak-kanak juga diminta tampil membuat laporan di balai polis berdekatan.

Semalam, mayat seorang kanak-kanak perempuan dipercayai dibunuh sebelum dibakar secara kejam di kawasan bekas flat Bukit Chagar, Johor Bahru.

Tiada identiti ditemui pada bayi itu dan polis turut menemui kesan minyak petrol dan plastik yang dipercayai untuk membungkus bayi sebelum dibakar.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

UTAMABERITAPolis Tubuh Pasukan Siasat Kes Bakar Bayi

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium