Proton Lancar Model R3 Bagi Saga, Pesona, Inspira Dan Exora (video) - pakdin.my

 

Proton Holdings Bhd, pembuat kereta nasional, merancang untuk melancarkan model R3 (Race, Rally, Research) iaitu Saga, Pesona, Inspira dan Exora menjelang awal tahun depan, kata Ketua Bahagian Motorsports, Datuk Abdul Razak Dawood.

Beliau berkata, model-model berkenaan yang dibina oleh bahagian Motorsports di bawah unit R3, masih melalui proses modifikasi, prototaip serta pembangunan dan harganya masih belum diputuskan.

“Model R3 Proton mempunyai pasaran khusus tersendiri terutamanya mereka yang berminat memiliki keunikan dan mencari prestasi lebih baik,” katanya selepas pelancaran program “My Proton Makeover” di sini, Selasa.

“Kami akan menjual model-model ini di Malaysia, Thailand, Indonesia dan Australia dan juga menawarkan body kit,” katanya dan menambah bahawa kira-kira 80 unit model Satria R3 dijual tahun ini.

Sementara itu, peraduan “My Proton Makeover” merupakan sebahagian daripada langkah Proton untuk mengiktiraf dan memberi ganjaran kepada pelanggan setia Proton. Mereka yang berminat dengan program boleh mendaftar di www.protonVIP.com.

UTAMABERITAProton Lancar Model R3 Bagi Saga, Pesona, Inspira Dan Exora (video)

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium