Proton: Mahathir Terbuka Rakan Kongsi China, Tetapi Bimbang Nasib Vendor Kroni Beliau?

Nampaknya kepada Mahathir, Pembekal PROTON (vendor) adalah lebih penting daripada Proton.

Mahathir mengatakan menjual sebahagian daripada Proton kepada syarikat asing adalah baik, tetapi menjual semua akan menyebabkan kerugian kepada industri automobil tempatan.

Mahathir Mohamad mengingatkan Proton Holding agar tidak melupakan vendor komponen kenderaan itu sekiranya termeterai sebarang kerjasama di antara rakan kongsi asing.

Pengasas dan bekas penasihat kereta nasional itu berkata, tindakan mengabaikan vendor Proton yang sedia ada akan menyebabkan peluang dan ruang syarikat tempatan bersaing semakin sukar.

—————–
Proton: Mahathir Terbuka Rakan Kongsi China, Tetapi…

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan Proton Holding agar tidak melupakan vendor komponen kenderaan itu sekiranya termeterai sebarang kerjasama di antara rakan kongsi asing.

Pengasas dan bekas penasihat kereta nasional itu berkata, tindakan mengabaikan vendor Proton yang sedia ada akan menyebabkan peluang dan ruang syarikat tempatan bersaing semakin sukar.

“Kita takut, vendor kita, pembuat komponen akan hilang peluang untuk terus membekalkan kepada Proton hingga menyebabkan mereka terpaksa tutup.

“kapasiti dan kepentingan dalam kejuruteraan automotif yang dimiliki anak tempatan akan berkurangan,” katanya kepada FMT ketika ditemui di sebuah majlis raih dana malam tadi.

Bulan lalu, Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Ahmad Fuad Kenali berkata Proton bakal mengumumkan rakan kongsi strategiknya pada April ini.

Sehingga kini masih samar lagi siapa rakan kongsi baru yang akan dipilih, namun spekulasi menyebut syarikat dari China, Geely Automobile Holdings.

Geely turut memiliki Volvo, jenama kereta Sweden, dan disebut-sebut bakal menjadi rakan kongsi strategik Proton.

Selain Geely, pengeluar ke-2 terbesar di Eropah, PSA Group dari Perancis yang menghasilkan kereta Peugeot dan Citroen turut menawarkan diri menjadi rakan kongsi Proton.

Dr Mahathir berkata, beliau secara peribadi boleh menerima sebahagian saham Proton dijual, namun membantah jika keseluruhannya dijual kepada syarikat asing.

“Kalau tidak ada jalan lain dan perlu untuk jual sebahagian Proton, baiklah. Kita boleh terima, tetapi janganlah sehingga kita hilang langsung Proton.

“Proton adalah kereta nasional, kalau beri kepada syarikat lain dan menggunakan kemudahan Proton untuk mengeluarkan kereta mereka, kita akan tanggung kerugian,” katanya.

Sebelum ini, bekas ketua pegawai eksekutif Proton, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir menyarankan agar beberapa aspek dikaji terutama nilai tambah yang mampu ditawarkan rakan kongsi.

Bukan itu sahaja, Syed Zainal Abidin turut menyarankan agar aspek nilai tambah teknologi dan pasaran kepada Proton juga harus diberi keutamaan.

Geely merupakan perusahaan automotif swasta pertama dan terbesar di China, berpusat di Taizhou, Zhejiang.

Pada 2009, ia membuat kejutan dengan membeli Volvo daripada Ford Motors pada harga AS$1.3 bilion (RM5.7 bilion).

Geely dikatakan menjadi jenama kereta paling laris di China beberapa tahun kebelakangan ini, lebih-lebih lagi setelah mengadakan kerjasama dengan Volvo.

Tahun lalu, jumlah pengeluaran kereta Geely dan Volvo mencecah sejuta unit.

20170214-mahathir-proton-geely

19 Replies to “Proton: Mahathir Terbuka Rakan Kongsi China, Tetapi Bimbang Nasib Vendor Kroni Beliau?

  1. geng2 jibby yg bodoh ……aku nak tanya sat….bukan proton jer….kenapa semua sektor deal dgn china? …dah la forest city , bandar malaysia dibagi china, power plant kat jimah bg kat china, oil refinery kat PD bg kat kat china, landasan kerertapi pantai timur bg kat china .. nak kawal sempadan laut china selatan pun beli aset dari china .dah takde negara lain ker malaysia nak kerjasama? ker kt dah terikat perjanjian dgn china sbb berhutang??

    1. simple je kalau google cth: kos pengeluaran industri khasnya di China murah, kemajuan teknologi di China pun dah setanding negara barat cth ketenteraan, pengangkutan dll, ekonomi China hampir menyaingi US dan antara yg kukuh ekonominya di Asia, tenaga buruh di China murah bagi sektor pembuatan serta permintaan bahan mentah yang tinggi oleh pelbagai sektor di China membuatkan negara2 Asia byk beralih pasaran ke China…byk lagi la kalau google…

Leave a Reply