PRU14: Manifesto Barisan Nasional - pakdin.my

PILIHANRAYA UMUM 14
MANIFESTO BARISAN NASIONAL
BERSAMA BN
HEBATKAN NEGARAKU


UTAMA IBU DAN WANITA

Menubuhkan Majlis Ekonomi Wanita (MEW) yang akan dipengerusikan oleh Y.A.B. Perdana Menteri khusus untuk agenda ekonomi wanita.

Menubuhkan pusat transformasi usahawan wanita (model PASARNITA) yang akan melebarkan jaringan perniagaan.

Memudahcara proses pemerolehan pinjaman golongan wanita tunggal.

Memudahkan syarat pinjaman mikrokredit untuk usahawan wanita.

Mewujudkan Koperasi Wanita yang menawarkan kemudahan simpanan dan pinjaman kewangan.
Menyemarakkan latihan vokasional/TVET wanita dan ibu tunggal dengan mewujudkan jaringan kerjasama yang mantap.

Menambah pendapatan ibu-ibu tunggal B40 melalui latihan di Kursus Asuhan PERMATA.

Menggilap potensi ibu-ibu tunggal melalui program peningkatan kemahiran dan latihan.

Menjamin sekurang-kurangnya 30% keanggotaan Dewan Negara disandang wanita.

Memperluaskan penglibatan dan peluang wanita sebagai pembuat keputusan.

Menggubal Akta Gangguan Seksual untuk melindungi mangsa.

Menubuhkan Mahkamah Khas Perkahwinan, Hadhanah dan Nafkah bermula dari Wilayah Persekutuan.

Menubuhkan Majlis Kehakiman Syariah Kebangsaan yang dipengerusikan oleh Y.A.B. Perdana Menteri sebagai satu jawatankuasa induk untuk membincangkan dan menyelaraskan isu-isu berkaitan hal ehwal perundangan dan kehakiman Syariah di Malaysia.

Menggalakkan sektor swasta membenarkan ibu-ibu mengandung pulang sejam lebih awal.

Memperluaskan insentif cukai kepada 24 bulan bagi wanita yang kembali semula ke pasaran pekerjaan.

Menggalakkan syarikat-syarikat mengamalkan dasar Keseimbangan Kehidupan dan Pekerjaan.

Meningkatkan jumlah tawaran Rumah Transit Belia 1Malaysia untuk wanita muda yang baru memulakan kerjaya.

Menyediakan kaunter perkhidmatan khas khusus untuk wanita di semua UTC dan RTC.


KEDIAMAN 1NEGARAKU

Menubuhkan sebuah bank khas bagi menguruskan pinjaman Perumahan Mampu Milik dan Perumahan Kos Rendah yang berharga RM300,000 dan ke bawah.

Memberi pengecualian cukai bagi pendapatan dari penyewaan rumah.

Menyediakan dana khas bagi menggalakkan usahawan-usahawan Sistem Binaan Berindustri (IBS).

Menyediakan insentif bagi menggalakkan bank dan pemaju perumahan untuk menawarkan skim sewa-untuk-beli.

Membantu pembeli-pembeli yang menjadi mangsa kepada pemaju perumahan tidak berlesen.

Mewajibkan Indeks Prestasi Utama (KPI) ke atas pembinaan Rumah Mampu Milik oleh syarikat-syarikat pemaju perumahan yang mendapat pelaburan Kerajaan

Menubuhkan tribunal penyelesaian konfik.

Mewujudkan sebuah entiti tunggal untuk menyelaras keseluruhan inisiatif-inisiatif perumahan mampu milik.

Menyediakan Skim Bantuan Sewa Perumahan Awam bagi membantu penyewa dalam kategori miskin dan orang kelainan upaya.

Memperkenalkan Perjanjian Jual dan Beli Rumah Patuh Syariah yang akan menambahbaik sistem perbankan Islam sedia ada.

Membangunkan kuarters, bangunan dan tanah Kerajaan yang tidak diutilisasikan secara optimum.

Membuka peluang kepada pesara Kerajaan dan anak-anak mereka untuk membeli unit Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M).

Membina lebih banyak rumah komuniti FELDA.

Melanjutkan tempoh pengecualian duti setem untuk projek perumahan terbengkalai.

Membina perumahan mampu milik di tanah rizab Melayu, wakaf dan baitulmal yang terbiar.

Meningkatkan kapasiti Program Bantuan Rumah.

Menaiktaraf rumah Orang Asli dan rumah pekerja estet di Semenanjung.
Menyediakan dana khas untuk Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan Jawatankuasa Pengurusan Bersama (JMC).
Membina semula perumahan rakyat dan perumahan kos rendah berusia lebih 20 tahun.

Meningkatkan had tuntutan di bawah kuasa Tribunal Perumahan dan Pengurusan Strata (TPPS).

Memperluaskan kuasa Kerajaan untuk menghidupkan semula projek perumahan terbengkalai.

Melancarkan Perbadanan Pengurusan Perumahan Awam Negara (3PAN).

Menamatkan polisi diskaun lot Bumiputera untuk hartanah bernilai RM1 juta dan ke atas.

Memperuntukkan 1,800 unit rumah dalam program SASaR untuk anggota veteran ATM.

Membina 45,000 unit kediaman Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) menjelang 2030.

Mewujudkan Program Bantuan Baiki Rumah Veteran Tentera 1Malaysia (1MVHRPP) dengan sasaran menjelang 2020.

Memperuntukkan 10,000 unit rumah PPA1M untuk anggota polis.

Membina 10,000 unit rumah mampu milik Satu Anggota Satu Rumah (SASaR), khusus untuk anggota Angkatan Tentera Malaysia.

65,000 rumah mampu milik di Pulau Pinang

Membina lebih banyak projek-projek Urban Renewal & Urban Redevelopment seperti RUMAWIP di Wilayah Persekutuan Putrajaya, Kuala Lumpur dan Labuan sebagai tempat rakyat berteduh dan berlindung serta hidup dengan lebih selesa sepanjang tempoh lima tahun akan datang ini

Menambah rumah mampu milik dan kos rendah serta perumahan untuk generasi kedua dan ketiga FELDA


3 JUTA KERJA

Mempercepatkan pembangunan Malaysian Vision Valley – yang dijangka bakal mewujudkan 1.3 juta peluang pekerjaan.

Menyemarakkan industri berteknologi tinggi untuk mencipta lebih banyak pekerjaan berkemahiran tinggi.

Mewujudkan 10,000 peluang pekerjaan dalam keusahawanan sosial melalui dana khas dari syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Memperluaskan amalan waktu kerja eksibel di sektor awam.

Mengurangkan kebergantungan pekerja asing.

Memacu dasar Ekonomi Hutan berteraskan pengurusan mampan untuk menjana pendapatan dan pekerjaan.

Menderaskan pertumbuhan sektor hiliran industri minyak dan gas bagi mewujudkan lebih peluang kepada negeri-negeri pengeluar minyak.

Mewujudkan zon industri mampan untuk lokasi pelaburan baru.

Mempertingkatkan literasi kewangan dengan memperluaskan program AKPK.
Memperkenalkan modul literasi kewangan di sekolah-sekolah menengah.

Menyediakan peluang latihan kemahiran dan pekerjaan kepada anak-anak yang kurang bernasib baik.

Memperluaskan peluang pekerjaan bagi warga kelainan upaya dengan mewujudkan sebuah portal sehenti khas di mana perkhidmatan-perkhidmatan mereka boleh dipasarkan secara dalam talian.

Menambah keanggotaan warga kelainan upaya dalam pelbagai sektor termasuk menjadi ahli majlis pihak berkuasa tempatan dan Ahli Dewan Negara.

Menambah insentif cukai kepada syarikat yang mengambil orang kelainan upaya (OKU) sebagai pekerja.

Menubuhkan Special Economic Zone Bukit Kayu Hitam, Kedah yang akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada anak-anak muda dan rakyat Kedah keseluruhannya


SENYUM SABAH DAN SARAWAK

Hak-hak Sabah & Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 akan direalisasikan secara konsensus.

Meningkatkan kualiti liputan telekomunikasi di seluruh Sabah dan Sarawak – RM2 bilion.

Meluaskan liputan bekalan elektrik di Sabah dan Sarawak dengan peruntukan sebanyak RM2.3 bilion.

Memansuhkan label harga barang mengikut kawasan Semenanjung, Sabah dan Sarawak ke arah Satu Negara Satu Harga.

Menaiktaraf rumah panjang di Sarawak dan rumah air di Sabah.

Memperkukuhkan jaringan pengangkutan di Sabah dan Sarawak dengan menaiktaraf 12,500km jalan luar bandar.

Meneruskan subsidi bekalan air di pedalaman Sabah.

Menyediakan peruntukan khas untuk usahawan-usahawan Sabah dan Sarawak.

Mencerap lebih banyak fakta dan perspektif sejarah dari Sabah dan Sarawak.

Menubuhkan Institut Kajian Peribumi dan Penduduk Asli di Universiti Malaysia Sarawak dan Universiti Malaysia Sabah.

Meningkatkan kemampuan kuasa persenjataan pasukan keselamatan di Zon Selamat Sabah Timur (ESSZONE).

Mempertingkatkan kawalan keselamatan sempadan darat di Sabah dan Sarawak – (AKSEM) dan AKSEMNET.

Menaik taraf Lapangan Terbang Sandakan.

Membina Lapangan Terbang Mukah dan Lawas.

Membina Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) di Tebedu, Sarawak dan Kalabakan, Sabah.

Membina Saluran Paip Gas Trans Sabah (TSGP) bernilai RM4.3 bilion.

Menaiktaraf laluan kereta api Sabah dari Halogilat ke Tenom.

Mewujudkan 3 skim pembentungan di Sabah.

Membina 5 Loji Enap Cemar di Sarawak.

Memberikan peruntukan khusus untuk melatih tenaga pengajar dan keperluan bahan pengajaran Bahasa Iban dan Bahasa Kadazandusun, seterusnya disalurkan ke Unit Bahasa Iban, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dan Unit Bahasa Kadazandusun, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.

Memberikan peruntukan khas untuk Kursi Kadazandusun di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Menambah jumlah pegawai-pegawai yang berkaitan dengan perkhidmatan Bahasa Iban dan Bahasa Kadazandusun di Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.

Memperkasa suku kaum Dayak dengan mewujudkan program khas serta bantuan dana bagi aktiviti menyukat tanah adat, usahawan-usahawan Dayak dan pengajaran Bahasa Dayak.

Dalam masa yang sama menyokong usaha Kerajaan Negeri Sarawak dalam melaksanakan program-program di bawah Unit For Other Religions (UNIFOR).


PENGANGKUTAN FUTURISTIK

Memperkenalkan Pas Pengangkutan Awam TN50 berharga antara RM50 – RM150 yang memberi akses perjalanan tanpa had sebulan untuk pelajar, belia bekerja, warga emas dan OKU.

Membina Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR).

Membina Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) dari Pelabuhan Klang ke Pengkalan Kubor.

Meningkatkan jaringan pengangkutan awam Lembah Klang dengan pembangunan Sistem Aliran Transit Ringan (LRT) fasa 3 dan Sistem Aliran Transit Massa (MRT) fasa 3.

Membina Landasan Berkembar Gemas- Johor Bahru.

Menaiktaraf dan menyelenggara jalan persekutuan secara berkala sebagai alternatif kepada lebuh raya bertol.

Menaiktaraf landasan berkembar Lembah Klang sepanjang 42km.

Meningkatkan kualiti perkhidmatan bas pengantara .

Membina sebuah pelabuhan moden bertaraf dunia di Pulau Carey.

Membina landasan kereta api elektrik dari Subang Jaya ke Terminal Skypark Subang.

Mewujudkan zon ekonomi baharu di kawasan sempadan dengan membangunkan kawasan-kawasan ketersambungan jalan raya.

Menaiktaraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi dan Lapangan Terbang Kota Bharu di Semenanjung.

Membina Sistem Transit Rapid (RTS) yang menghubungkan Johor Bahru dan Singapura.

Menaiktaraf infrastruktur pengangkutan di Pulau Labuan – pembinaan jambatan dan menambah pelantar feri.

Menyiapkan Lebuh Raya Pantai Barat dari Banting ke Taiping menjelang 2020.

Menaiktaraf fasiliti jeti, terminal dan Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) Pulau Langkawi dengan peruntukan sebanyak RM86.5 juta.

Membina dan menaiktaraf jambatan-jambatan di kawasan kritikal seperti di Batang Lupar, Temerloh, Kota Tinggi dan Batang Kali.

Meluaskan kawasan liputan Saluran Paip Pelbagai Produk Petroleum (MPP) sepanjang 600km di Semenanjung.

Membina lebuh raya Laluan Lingkaran Tengah yang menghubungkan Kelantan, Pahang dan Negeri Sembilan.

Membina saluran paip gas asli sepanjang 140km dari Ayer Tawar ke Ipoh.

Mewujudkan pembangunan bandar baharu moden dan hijau di sepanjang jajaran pengangkutan awam.

Mewujudkan Sistem Pengangkutan Pintar (ITS) bersepadu di seluruh negara.

Menyiapkan pembinaan Lebuh Raya Pantai Timur fasa 3.
Menaiktaraf gerabak perkhidmatan Kereta Api Elektrik (ETS).
Menaiktaraf jalan dan penyuraian trafik di pelabuhan-pelabuhan.

Membina Pelabuhan Darat Perlis (PIP) di Lembah Chuping.

Membaik pulih gerabak dan lokomotif KTM.

Membaik pulih infrastruktur landasan dan jambatan keretapi Pantai Timur.

Menggalakkan penggunaan elektrik secara optimum melalui pemasangan meter pintar dan lampu LED.

Meningkatkan penggunaan bas eletrik secara berperingkat bagi mengurangkan emisi karbon dioksida.

Menaiktaraf sistem pengairan dan saliran di 143 lokasi untuk meningkatkan pengeluaran padi.

Menaiktaraf 422km jalan di dalam kawasan- kawasan FELDA.

Membina dan menaiktaraf jalan ladang meliputi jarak sepanjang 830km.

Memperhebat agenda kesalinghubungan antara kawasan-kawasan luar bandar melalui pembinaan 383 jambatan kecil di seluruh negara.

Menambah lampu jalan di dalam kawasan- kawasan penempatan FELDA.

Menaiktaraf 419km sistem pembentungan di kawasan-kawasan FELDA.

Menaiktaraf jalan di kawasan sawah sepanjang 623km bagi memudahkan pengangkutan padi.

Membina 4 loji Rawatan Kumbahan Wilayah dan Rangkaian Paip Pembentungan di Semenanjung.

Menambah tanda, garisan dan lampu jalan di kawasan-kawasan FELDA meliputi 1,240km.

Membina Loji Rawatan Pembentungan Wilayah di Tunjong, Kelantan merangkumi 34.9km memanfaatkan 300,000 penduduk.

Menaik taraf laluan 4 lorong kepada 6 lorong di Lebuh Raya Utara Selatan dari Yong Peng ke Johor Bharu

Membina lebuhraya baharu, Kuala Linggi-Masjid Tanah-Klebang-Teluk Mas, Melaka

Membina lebuh raya dari Tepoh-Kuala Nerus, Terengganu sehingga ke Kelantan yang merupakan sebahagian daripada LPT3 secara berperingkat.

Membina lapangan terbang baharu di Sri Iskandar, Perak

Membangunkan lembangan Sungai Perlis dari Kangar ke Kuala Perlis

Mempercepatkan dan menyiapkan lebuh raya dari Gua Musang ke Kota Bharu, Kelantan


PERKASA DIGITAL

Menuju ke arah Kerajaan Digital melalui penambahan aplikasi dalam talian demi membasmi rasuah dalam perkhidmatan awam.

Memperkenalkan aplikasi iKepoh untuk membolehkan orang awam membuat aduan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) melalui telefon pintar.

Merekayasa ekosistem ekonomi digital melalui geran permulaan, dana pembangunan teknologi.

Mewujudkan 1 juta usahawan digital dalam tempoh 5 tahun.

Mewujudkan sekurang-kurangnya satu Pusat Internet di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri untuk kegunaan masyarakat.

Mengurangkan kos pengambilan pembantu rumah asing melalui pengenalan Sistem Pembantu Rumah Dalam Talian.

Mewujudkan sistem maklumat bantuan rakyat Malaysia – B40 Window – memastikan tiada ketidakadilan dalam pemberian bantuan.

Memacu negara ke arah Revolusi Industri 4.0 untuk mencerakin data besar.

Merealisasikan sasaran sumbangan ekonomi digital sebanyak 25% kepada KDNK menjelang 2023.

Memperkasa ketelusan dengan memperkenalkan mekanisme Petisyen Awam.

Mana-mana petisyen dalam talian yang menerima lebih 30,000 sokongan akan mendapat maklum balas dari Kerajaan.

Menggubal Akta Berita Palsu bagi menjaga keharmonian dan ketenteraman awam serta kestabilan ekonomi.

Menggubal Akta Dana Politik bagi memantau sumbangan dan perbelanjaan parti-parti politik di Malaysia.

Mewujudkan Ombudsman untuk menyiasat sebarang aduan awam mengenai ketidakadilan dan kelemahan perkhidmatan kementerian, jabatan dan agensi Kerajaan.

Meningkatkan ketelusan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dengan mewajibkan siaran langsung setiap kali ahli-ahli majlis bermesyuarat.

Mendedahkan laporan audit tahunan PBT untuk tatapan awam.

Mewajibkan Town Hall bersama penduduk secara berkala yang akan dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan.

Merealisasikan transformasi PBT dengan mengaplikasikan keterbukaan maklumat.

Menubuhkan Jawatankuasa Terpilih Parlimen dalam memperhalusi serta memberi maklumbalas mengenai isu-isu kepentingan awam.


BARANGAN MALAYSIA

Menjihadkan Ekonomi Halal sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi negara dengan peruntukan sebanyak RM1 bilion melalui Dana Pembangunan Halal.

Memastikan Malaysia sebagai peneraju industri halal dunia di mana Bumiputera menjadi penggerak utama industri.

Mengintegrasi data usahawan-usahawan Bumiputera yang menerima inisiatif Kerajaan berdasarkan platform Teraju Xchange.

Membantu usahawan-usahawan kecil dan sederhana kaum Cina dengan memantapkan Sekretariat Pembangunan Usahawan Malaysia (SAME).

Memperkasa sumbangan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) kepada ekonomi negara melalui transformasi digital.

Meneruskan agenda Transformasi Ekonomi Bumiputera 2.0 bagi memastikan Bumiputera terus memainkan peranan signifikan dalam pembangunan ekonomi negara.

Menyediakan insentif cukai dan dana pembangunan khas bagi menggalakkan jenama usahawan-usahawan kecil.

Menangani kemiskinan bandar melalui pembangunan pusat niaga usahawan kecil, pusat niaga trak makanan dan pertanian bandar.

Memperkenalkan portal Orang-E sebagai sebuah platfom untuk rakyat Malaysia meringgitkan bakat dan perkhidmatan dalam pasaran.

Meneruskan usaha mengembangkan sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

Mempertingkat produktiviti usahawan, pereka baru dan syarikat pemulaan dengan penubuhan pelbagai agensi fasilitasi seperti PlatCOM.

Merealisasi potensi sebenar industri kreatif sebagai sumber baharu pendapatan negara dengan memperluaskan platform dan dana kepada penggiat industri.

Mendorong perniagaan berasaskan trak makanan dengan mewujudkan kawasan khas dan program untuk modifikasi kenderaan.

Menambah jumlah kedai Perbadanan Perwira Niaga Malaysia (PERNAMA) yang berkonsepkan harga yang rendah.

Menyediakan Skim Pembiayaan Mikro Usahawan Veteran (SPMUV) bagi membantu pesara-pesara tentera memulakan perniagaan.

Melaksanakan Skim Anuiti Veteran bagi membantu anggota tentera bukan dalam skim pencen agar dapat menerima bayaran bulanan apabila bersara kelak.

Membina lebih banyak Pusat Transformasi Bandar (UTC) dan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) bagi memudahkan urusan rakyat dan membantu usahawan-usahawan kecil.

Membina 20 buah pasar ikan di seluruh negara.

Menaiktaraf 3 buah Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).


BR1M LEBIH BARU

Memastikan tidak ada rakyat yang terabai tanpa sebarang bantuan Kerajaan walaupun bukan atas sebab kemiskinan. Sebanyak tujuh juta orang menerima bantuan menerusi Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M), walaupun sebahagiannya bukan berada dalam kategori miskin.

Mewujudkan sistem maklumat bantuan rakyat Malaysia – B40 Window – yang merentasi kementerian, jabatan dan agensi untuk memastikan tiada keciciran, ketirisan atau ketidakadilan dalam pemberian bantuan.

Meneruskan kejayaan BR1M lebih efisien dan lebih berkesan.

Bantuan sekali beri sebanyak RM1,500 untuk anak-anak penerima BR1M yang mendaftar di pusat pengajian tinggi.

Menambahbaik BR1M berlandaskan perilaku bersyarat penerima seperti penglibatan dalam latihan kemahiran dan memastikan anak-anak mendapat imunisasi.

Bagi isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah, BR1M bulan Jun dan Ogos 2018 berjumlah RM400 digandakan kepada RM800, bermakna jumlah keseluruhan meningkat daripada RM1,200 kepada RM2,000!

Bagi isi rumah berpendapatan RM3,000 hingga RM4,000, BR1M Jun dan Ogos berjumlah RM300 digandakan kepada RM600, bermakna jumlah keseluruhan meningkat daripada RM900 kepada RM1,500!

Bagi individu bujang berpendapatan RM2,000 ke bawah yang telah terima BR1M RM450, akan menerima tambahan RM150 lagi pada Jun bermakna jumlah keseluruhan RM600!

Satu lagi kategori baharu BR1M bagi isi rumah berpendapatan antara RM4,000 hingga RM5,000 sebulan, akan menerima BR1M RM700 dengan pembayaran 2 kali pada Jun dan Ogos ini!


DOMPET RAKYAT

Meningkatkan gaji minimum pekerja secara berperingkat kepada sekurang-kurangnya RM1,500 dalam tempoh lima tahun.

Menubuhkan Fair Works Commission untuk menentukan paras gaji pekerja-pekerja sektor swasta agar lebih setimpal.

Memperkenalkan kadar dividen dan bonus pelbagai peringkat untuk dana pelaburan dan unit dana amanah dan GLIC lain (kecuali KWSP).

Menurunkan had maksimum kadar faedah dan caj lewat bayar kad kredit.

Meningkatkan kesejahteraan pekerja yang berpendapatan RM2,500 ke bawah di Syarikat Berkaitan Kerajaan dan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan melalui perluasan perlindungan insuran, pertambahan manfaat kesihatan dan kenaikan elaun kos sara hidup.

Memberi insentif khas RM5,000 kepada setiap peneroka FELDA.

Mewujudkan geran khas bagi tujuan penanaman semula peneroka-peneroka FELDA.

Melupuskan hutang penanaman semula peneroka-peneroka FELDA.

Melupuskan hutang pembelian saham FGV peneroka-peneroka FELDA.

Melupuskan hutang tambahan peneroka-peneroka FELDA semasa proses penanaman semula.

Menaikkan harga pengaktifan Insentif Pengeluaran Getah (IPG).

Meningkatkan Bantuan Musim Tengkujuh untuk pekebun-pekebun kecil getah.

Meminimakan pembabitan orang tengah dalam hasil tani dan perikanan demi petani dan nelayan.

Memperluaskan dana Skim Bantuan Tani dan penanaman semula untuk pekebun kecil kelapa sawit, getah, koko dan kenaf.

Memperuntukkan bantuan khas berjumlah RM222 juta untuk peneroka-peneroka FELCRA, KESEDAR dan KETENGAH.

Meminda Akta Kawalan Harga dan Anti-Pencatutan bagi meluaskan kuasa KPDNKK.

Mentransformasi sektor pertanian ke arah industri berpendapatan tinggi dengan menggunakan teknologi terkini.

Pemanjangan tempoh pelepasan cukai pendapatan kepada ibu bapa pemilik akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN).

Memberi Bantuan Khas sebanyak RM600 setahun kepada veteran ATM berusia 60 tahun ke atas yang tidak menerima pencen dan BR1M.

Menstruktur semula bantuan kebajikan kepada golongan yang memerlukan.

Memberikan insentif cukai individu sebanyak RM1,000 setahun untuk mereka yang menyumbang ke arah pemerkasaan seni budaya negara.

Memberi dana sebanyak RM3 juta kepada Tabung Kebajikan Penggiat Seni (TKPS) pada setiap 5 tahun.

Menyediakan geran sebanyak RM5 juta setiap lima tahun kepada penggerak badan warisan.

Memperkaya usaha pemekaran seni budaya dalam masyarakat melalui penyediaan lokasi seperti Wisma Kesenian & Kebudayaan.

Mewujudkan dana kebajikan sebanyak RM10 juta untuk membantu kumpulan budaya dan industri kreatif.

Mempertingkatkan jumlah geran mikro pengkaryaan Content Malaysia Pitching Centre kepada RM10,000.

Menilai semula bajet produksi dan pengisian untuk stesen-stesen televisyen swasta.

Menstruktur semula bantuan untuk Orang Asli melalui pembinaan prasarana.

Memperhebat Kampung Baru Cina melalui pembinaan lebih banyak kemudahan asas.

Memperkasa taraf sosioekonomi masyarakat India melalui Unit Pembangunan Masyarakat India (SEDIC) JPM.


PENDIDIKAN SESUAI MASA DEPAN

Memahirkan 5 juta pelajar sekolah dengan kemahiran digital Revolusi Industri 4.0.

Menaiktaraf semua sekolah daif di seluruh negara.

Memadankan pelajar universiti dan bakal majikan di bawah SL1M 2.0.

Melahirkan pekerja pembinaan berkemahiran tinggi.

Menaiktaraf Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI).

Menaikkan had Insentif untuk Skim Simpanan Pendidikan.

Mengurangkan beban kerja pentadbiran para pendidik dengan peralatan lebih baik di bilik darjah.

Menambah jumlah subjek dalam Program Dwibahasa (DLP).

Mempertingkat kemahiran Bahasa Inggeris melalui Program Dwibahasa (DLP), Program Imersif Tinggi (HIP) dan memperkenalkan sekolah beraliran Inggeris di Sabah dan Sarawak sebagai projek rintis.

Menyediakan insentif khusus untuk mencipta khidmat pembelajaran dalam talian.

Memperluas pelaksanaan Program Anak Angkat bagi pengukuhan sosiobudaya.

Membina dan menambah kapasiti asrama untuk pelajar-pelajar luar bandar.

Meluaskan capaian Internet pantas ke semua universiti-universiti awam.
Memperuntukkan sebanyak RM12 juta untuk program pendidikan khas masyarakat luar bandar untuk 615,000 orang peserta.

Mengendalikan bengkel ilmu keibubapaan di kawasan yang sudah dikenalpasti.

Mentransformasi infrastruktur di universiti- universiti awam untuk kampus bestari.
Menurunkan kadar keciciran pelajar-pelajar Orang Asli di sekolah.
Memperkukuh sistem pendidikan pelbagai aliran di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).
Menaiktaraf prasarana, bilik darjah, bilik guru khusus di Sekolah untuk anak-anak tentera.

Menaiktaraf Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) kepada Universiti P.Ramlee.

Menubuhkan Universiti Al-Quran agar lebih banyak graduan huffaz yang mempunyai pelbagai kepakaran.

Melengkapkan sekolah-sekolah Tahfiz dengan sistem latihan kemahiran Giat MARA.

Meningkatkan peratusan pengambilan bukan Bumiputera ke dalam universiti-universiti awam di Malaysia.

Pelajar Cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017, yang mendapat sekurang-kurangnya 9+ dan berjaya mendapat tawaran daripada Universiti Oxford serta Cambridge atau 10 universiti terkemuka di dunia, Kerajaan Barisan Nasional akan menaja sehingga 80 peratus daripada jumlah kos pengajian tersebut.

Pelajar yang mendapat tawaran ke universiti luar negara selain daripada Universiti Oxford dan Cambridge atau 10 universiti terkemuka dunia, akan ditawarkan mengikut kadar penajaan dalam negara.

Tawaran ini juga dipanjangkan kepada pelajar SPM 2015 dan 2016 yang ditaja oleh JPA di peringkat persediaan.

Bagi pelajar yang memperoleh sekurang-kurangnya A- dalam semua mata pelajaran SPM 2017 akan ditaja di peringkat persediaan dalam bentuk dermasiswa sebanyak 6,340 ringgit seorang setahun.


HIDUP SIHAT

Mempertingkat perkhidmatan kesihatan luar bandar melalui Klinik 1Malaysia (K1M).

Memperluaskan konsep Pasukan Doktor Keluarga Percuma untuk penghidap penyakit kronik.

Memberi pesara perkhidmatan bantuan kesihatan seperti hemodialisis, dana bantuan rawatan dan lain-lain.

Membangun hospital dan klinik kesihatan baharu dengan penambahan anggota Pasukan Medik Bergerak.

Membina lebih banyak poliklinik di kem tentera bagi anggota ATM.

Membina Hospital Veteran ATM pertama di Malaysia di Ipoh untuk lebih 300 ribu orang veteran tentera.

Menyediakan pemeriksaan kesihatan rutin tanpa syarat di klinik-klinik kesihatan Kerajaan bagi anak muda.

Menyediakan modul khusus untuk intervensi awal keluarga yang mempunyai anak autisme dengan PERMATA.

Membuka keahlian kelab khas dan program komuniti terpilih untuk golongan pesara dan warga emas.

Meningkatkan kadar pelepasan tahunan cukai pendapatan individu bagi kos perubatan ibu bapa.

Memperkemas perkhidmatan kesihatan dan pergigian kepada warga emas dan pesakit terlantar melalui lawatan rumah ke rumah.

Mempermudah sistem urusan kesihatan melalui kaedah dalam talian.

Menyediakan perkhidmatan pembuangan sampah yang lebih efisien di kawasan- kawasan luar bandar.

Membina lebih banyak taman poket di bandar-bandar seluruh negara.

Meneruskan subsidi bil elektrik bulanan kepada lebih 1 juta pengguna.

Mentransformasi kawasan tinggalan dan bangunan usang untuk dijadikan ruang rekreasi komuniti.
Menyusun program dan inisiatif baharu dalam menangani isu kesihatan mental.

Mempertingkatkan kecekapan perkhidmatan kecemasan dan ambulan.

Mempertingkatkan kewibawaan pakar dan keupayaan teknologi di Unit Kawalan Penyakit Berjangkit.

Melaksanakan dasar keselamatan makanan demi makanan yang mencukupi, selamat dan berkhasiat.

Memperkenal pusat penjagaan dwifungsi untuk kanak-kanak dan warga emas.

Menaiktaraf peralatan dan kepakaran di hospital-hospital ATM.

Memperkasa Program Komunikasi Untuk Perubahan Tingkah Laku (COMBI) dan Program Komuniti Sihat Perkasa Negara (KOSPEN) ke seluruh negara.

Membantu pusat transit dan memperluaskan program bantuan untuk kumpulan gelandangan.

Memperhebat Program Pemantauan Kualiti Alam Sekitar (EQMP).

Memperkenalkan Undang-undang Air demi menjamin akses air bersih untuk rakyat.

Memperkenalkan undang-undang baharu pemuliharaan dan pengurusan hutan yang mampan.

Merealisasi Malaysia sebagai negara Ekonomi Hijau melalui penurunan emisi karbon.

Menggalakkan sektor swasta untuk terus menyumbang kepada pembangunan zoo, hidupan liar dan alam sekitar.

Menyelesaikan masalah air di Selangor


AMAN 1NEGARAKU

Menambah jumlah kamera litar tertutup definisi tinggi (CCTV HD) di semua kawasan kerap berlakunya jenayah.

Menambah jumlah Rakan Cop dan Polis Bantuan terlatih dalam kawasan kejiranan.

Menambah jumlah anggota Skim Rondaan Sukarela.

Membina Penjara Khas dengan sistem keselamatan elektronik bersepadu.

Membina Pusat Penjagaan dan Pemulihan Dadah di kawasan strategik dan menaiktaraf pusat-pusat sedia ada.

Meluaskan inisiatif Kempen Perangi Dadah Habis-Habisan 3.0 (PDH 3.0).

Menambah pos kawalan dan sistem pemantauan di sepanjang sempadan Malaysia – AKSEM dan AKSEMNET.

Memasang lebih banyak lampu jalan di kawasan-kawasan luar bandar dengan peruntukan sebanyak RM100 juta.

Meneruskan geran Komuniti Penduduk 1Malaysia untuk semua persatuan penduduk.

Menyediakan dana sebanyak RM150 juta bagi tujuan penyelenggaraan dan penggantian lampu jalan sedia ada di luar bandar.

Meluaskan peranan khidmat kawalan komuniti Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

Mentransformasi pasukan elit khas PDRM seperti Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING), Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) dan Pasukan Tindakan Khas Anti Maksiat, Judi dan Gangsterisme (STAGG) demi keamanan rakyat.

Menyebarluas usaha menentang keganasan dan ekstremisme melalui Gerakan Kesederhanaan Global (GMM).

Meningkatkan pembabitan masyarakat dalam pencegahan jenayah menerusi inisiatif PDRM menggunakan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol.

Meningkatkan kerjasama Kerajaan dengan peneraju industri pertahanan tempatan bagi menghasilkan teknologi pertahanan keluaran Malaysia.

Meremajakan komuniti Rukun Tetangga dengan mensasarkan 30% golongan belia dalam kepimpinan jawatankuasa Rukun Tetangga.

Menubuhkan Pusat Operasi Pertahanan Siber (CDOC) di bawah Kementerian Pertahanan.

Meluaskan diplomasi pertahanan serantau dengan negara-negara jiran yang berkongsi sempadan.

Meneruskan usaha menyebarluas idea keamanan dan kesederhanaan dalam negara dan antarabangsa menerusi penubuhan Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman.

Melaksanakan Sistem Kawalan Imigresen Nasional (SKIN) di seluruh negara.

Meneruskan usaha pemodenan PDRM ke seluruh negara.

Mewujudkan inisiatif khas bagi meningkatkan peranan pemimpin komuniti dalam membantu Jabatan Imigresen menyelesaikan isu pendatang tanpa izin (PATI).

Memastikan semua lokap Polis di seluruh negara dilengkapi dengan kamera litar tertutup berdefinisi tinggi.

Memperkasakan inisiatif Program Rawatan dan Pemulihan Komuniti untuk Penagih Dadah (CRPD).

Memperkasa sukarelawan negara melalui sistem pendaftaran awal dan latihan khusus bagi mensiap siaga mereka menghadapi bencana secara lebih efektif.

Memperkasa kesiap siagaan menghadapi banjir melalui perlaksanaan 69 projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di seluruh negara dengan kos sebanyak RM8.57 bilion. Hampir 1.5 juta rakyat akan menerima manfaat daripada inisiatif ini.


 TN50

Menyediakan anak muda Malaysia berusia di bawah 30 tahun dengan pekerjaan atau latihan bersesuaian untuk mendapat kerja dalam tempoh 6 bulan.

Menambah jumlah Rumah Transit Belia 1Malaysia kemudahan kepada belia yang baru bekerja.

Meningkatkan kebolehpasaran graduan menganggur melalui program Apprenticeship Malaysia dalam 5 industri rintis.

Mewujudkan penambahan 50,000 peluang pekerjaan TVET, melalui TVET Bootcamp (3 hingga 6 bulan) yang dirangka bersama bakal majikan.

Meningkatkan tahap kebolehpasaran graduan melalui latihan amali berstruktur (internship) dan kemahiran insaniah kepada pelajar-pelajar universiti awam.

Memperkasa pelajar-pelajar lepasan Maahad Tahfiz melalui program keperantisan dan pemadanan latihan amali berstruktur di syarikat-syarikat berasaskan industri halal.

Menganjurkan kelas seni dan program sukan untuk kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah di Projek Perumahan Rakyat dan Projek Perumahan Rakyat Termiskin.

Memperkasa peranan belia dalam pembangunan negara dengan mencerna idea dasar baru. Yang terbaik (melalui aplikasi MyCadang) akan dipilih untuk pembentangan bulanan kepada Mesyuarat Jemaah Menteri.

Menyediakan dana tahunan untuk setiap idea terbaik bagi 10 aspirasi utama dalam Kanvas Belia TN50.

Memperhebat program MyLESEN dengan menyediakan subsidi untuk mengambil lesen motosikal kelas B2.

Melatih belia-belia Orang Asli dengan pengetahuan dan kemahiran untuk menerajui industri hijau dan penjagaan alam sekitar.

Mengurangkan beban untuk pasangan- pasangan muda yang ingin berkahwin.

Membina portal dan aplikasi e-Riadah.

Mempertingkatkan penglibatan belia dengan pihak berkuasa tempatan melalui penubuhan Majlis Belia PBT.

Menaiktaraf kompleks-kompleks Belia dan Sukan di seluruh negara.

Menaiktaraf infrastruktur kompleks-kompleks sukan mini di peringkat kejiranan.

Memperkasa belia yang berkhidmat dalam perkhidmatan awam melalui program Skim Rentas Kerjaya.

Memperluas program perantisan dalam syarikat-syarikat berkaitan Kerajaan (GLC).

Mewujudkan peluang latihan digital di Pusat Internet 1Malaysia bagi menyediakan belia luar bandar untuk pekerjaan alaf baru.

Meluaskan penggunaan YEN sebagai portal sehenti untuk usahawan-usahawan muda.

Mempertingkat jumlah usahawan belia luar bandar dengan memperluas Cabaran Perniagaan Luar Bandar (RBC) di setiap daerah.

Meneraju misi pembelajaran sepanjang hayat melalui kelas Massive Open Online Course (MOOC).

Memberi peluang kedua kepada bekas tahanan, bekas penagih dadah dan golongan wanita terlanjur melalui latihan TVET dan penubuhan Tabung Peluang Kedua.

Memperhebat dan memperkasakan Malaysia Vision Valley di Negeri Sembilan sebagai sebuah projek mega ikonik sepanjang lima tahun akan datang, yang akan merubah lanskap sosial dan ekonomi serta menjadi kebanggaan kepada orang-orang Negeri Sembilan.


   PENJAGAAN KANAK-KANAK UNIVERSAL

Melaksanakan polisi Penjagaan Awal Kanak- Kanak Universal (Universal Child Care) dengan memformulasikan kurikulum, program inklusif, pemakanan bernutrisi dan melatih tenaga pengasuh profesional.

Mengangkat status nutrisi kanak-kanak berusia 6 bulan hingga 6 tahun di kalangan keluarga miskin tegar.

Meningkatkan jumlah pemberian unit amanah percuma ADAM50 untuk membantu ibu bapa muda menjamin masa depan yang cerah untuk kelahiran baru.

Mendorong majikan untuk menyediakan pusat penjagaan kanak-kanak dengan insentif khas seperti pelepasan cukai.

Memberikan insentif kepada syarikat yang menyediakan pusat penjagaan kanak- kanak dan fasiliti untuk ibu-ibu yang menyusukan bayi.

Membenarkan kakitangan lelaki sektor awam bercuti tanpa rekod selama 10 hari apabila isteri melahirkan anak.

Memperuntukkan cuti khas 7 hari setahun kepada wanita yang menjaga anak atau saudara terdekat yang sakit.

Mewujudkan khidmat pusat sehenti yang menempatkan pusat jagaan kanak-kanak dan pusat usahawan untuk peneroka FELDA di bawah kelolaan Gabungan Penerokawati FELDA Malaysia di semua penempatan FELDA.


https://pakdin.my/tag/manifesto
https://pakdin.my/tag/pru14

#FailedState
#Corruption
#Fitnah
#PakatanHipokrit
#TunM93Tahun
#KekalBN
#RespectMyPM #BarisanProRakyat
#UndilahBarisanNasional
#UndilahBN
#BersamaBN
#HebatkanNegaraku
#DahulukanRakyat
#JanjiDitepati

UTAMAPILIHAN RAYAPRU14: Manifesto Barisan Nasional

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium