PRU13 Di Malaysia Boleh Dipercayai – Kata Australia

Senator Carr-Anifah-aman

MELBOURNE  — Menteri Luar Australia Senator Bob Carr menyifatkan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) di Malaysia pada 5 Mei lepas, mempunyai kredibiliti dan boleh dipercayai.

Menjawab soalan Editor Luar Negara akhbar ‘The Australian’, Greg Sheridan, di stesen televisyen ‘Sky’ mengenai kredibiliti Malaysia, Ahad, Car berkata:

“Nah…mereka pasti adalah kerajaan yang berwibawa.

“Saya menelefon rakan sejawatan Anifah Aman (Datuk Seri) pada Jumaat untuk mengucapkan tahniah serta mengatakan saya tidak sabar untuk bekerjasama dengan beliau pada Sidang Kemuncak Asia Timur di Brunei dan juga forum lain,” katanya.

Carr mengulangi matlamat kerajaan Australia supaya tidak campur tangan dalam urusan politik domestik di Malaysia.

Sheridan mengingatkan Carr terhadap banyak ‘komen histeria’ mengenai PRU13 di Australia, bukan kurangnya daripada Senator Nick Xenophon bahawa Malaysia adalah diktator dan Anwar Ibrahim (Datuk Seri) adalah Nelson Mandela di Asia Tenggara, Carr berkata:

“Ia adalah pilihan raya Malaysia. Seperti yang saya nyatakan di Senat semasa menjawab soalan Xenophon bahawa kita bukan surujanjaya pilihan raya untuk Malaysia.

“Kita tidak boleh membuat keputusan mengenai keadilan atau ketidakadilan dan kita bukan mahkamah pertikaian yang menentukan sama ada seseorang dengan dakwat calit di jari selepas mengundi mampu membuang undi lain atau tidak…kita tidak boleh masuk campur ke dalam perkara-perkara seperti itu,” katanya.

Carr berkata ia adalah pilihan raya Malaysia yang dijalankan di bawah peraturan berbeza daripada pemahaman rakyat Australia.

“Tetapi kerajaan (Australia) – kita tidak boleh masuk campur dalam urusan hal ehwal dalaman negara yang mana kita menikmati hubungan mesra,” katanya.

Menteri Luar itu berkata rakyat Malaysia sendiri akan membuat penentuan pada masa depan mengenai kaedah dan peraturan pilihan raya mereka dan Australia tidak mempunyai peranan dalam soal itu.

Leave a Reply