PRU14: Siapa Haniff – peguam boleh buat keputusan pengharaman UMNO? - pakdin.my

Peguam Mahathir, Mohd Haniff Khatri Abdulla, berkata Perdana Menteri Najib Tun Razak tidak boleh menandatangani Surat Watikah kerana 16 anggota Umno telah MEMFAILKAN KES di mahkamah UNTUK CUBA mendapatkan pengisytiharan Umno sebuah parti haram.

Sebagai seorang peguam, Haniff mesti tahu bahawa dengan hanya memfailkan kes di mahkamah ianya belum menjadi penghakiman. Bahkan, hakim belum lagi membuat keputusan sama ada kes itu mempunyai merit untuk didengar atau remeh dan harus dibuang. Kita belum tahu lagi 16 yang memfailkan kes itu adalah ahli Umno tulen yang mempunyai locus standi untuk memfailkan kes tersebut. Mengikut Fasal 20.7 Perlembagaan UMNO, sekiranya mereka mebawa kes ke mahkamah, secara automatik keahlian mereka digugurkan.

Sekalipun hakim membuat keputusan untuk mengisytiharkan Umno sebagai parti yang menyalahi undang-undang, masih ada rayuan di mahkamah yang lebih tinggi. Sehingga semua lunas undang-undang selesai UMNO masih merupakan parti yang sah.Mana-mana peguam tahu mengenai ini.

Jika dengan hanya memfailkan kes di mahkamah yang bermaksud keputusan telah dibuat, maka pemimpin-pemimpin pembangkang yang menghadapi kes-kes mahkamah yang melibatkan perbuatan rasuah tidak boleh bertanding di PRU14.

 

[MalaysiaToday]

https://pakdin.my/tag/umno
https://pakdin.my/pru14-bawa-kes-sivil-terhadap-umno-berniat-jahat/
https://pakdin.my/pru14-umno-tidak-sah/

UTAMAPILIHAN RAYAPRU14: Siapa Haniff - peguam boleh buat keputusan pengharaman UMNO?

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium