PRU14: Bawa kes sivil terhadap UMNO berniat jahat? - pakdin.my

16 orang ahli UMNO telah memulakan satu kes sivil untuk menuntut agar Mahkamah boleh membenarkan semakan sivil dibuat, mengarahkan ROS menyahaktifkan UMNO. Peguam yang memfailkan kes ini ialah peguam Dr. Mahathir. Apa yang akan berlaku dalam kes ini? Kes akan dibuang, apa lagi.

1. 16 orang ahli UMNO tersebut hilang keahlian mereka dengan serta-merta. Klausa 20.7 Perlembagaan UMNO memperuntukan bahawa ‘seseorang ahli yang membawa apa-apa jua perkara parti atau hak keahliannya ke mahkamah sebelum mematuhi sepenuhnya peraturan-peraturan parti maka keahliannya di dalam parti gugur dengan sendirinya.’ Oleh itu, mereka sekarang adalah bekas ahli-ahli UMNO. Maka mereka hilang locus standi untuk membuat tuntutan di atas.

2. Menurut seksyen 18C Akta Pertubuhan 1966, Mahkamah tidak mempunyai bidangkuasa untuk mendengar apa-apa permohonan berkenaan dengan keputusan yang dibuat parti politik berkenaan dengan hal-ehwal parti.

P.S. Takkan peguam Dr Mahathir tak tau semua ini? Saja nak fail lah tu. Dan bila Mahkamah menolak kes ini, macai-macai Pakatan akan kata hakim bodoh, hakim dedak, hakim kayu, dan sebagainya.

Rujukan:
https://pakdin.my/pru14-umno-tidak-sah/

UTAMAPILIHAN RAYAPRU14: Bawa kes sivil terhadap UMNO berniat jahat?

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium