PRU14: Pergolakan antara Kartel Azmin dan Orang Azizah – Kit Siang berkuasa, Mahathir jadi tunggul kayu - pakdin.my

Hubungan antara Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail, dan Timbalannya merangkap Menteri Besar Selangor, Azmin Ali memang tidak baik. Selama lebih daripada 20 tahun Wan Azizah dan Azmin tidak pernah bertentangan mata. Dan apabila Azmin berjaya menggantikan Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor pada tahun 2014, ianya sedikit sebanyak menjadi seperti pepatah melayu ‘retak menjadi belah’.

Walau apa yang terjadi Azmin akan bertanding jawatan Presiden PKR semasa pemilihan parti yang akan diadakan akhir tahun ini selepas PRU14. Sama ada Azmin boleh berjaya menewaskan Wan Azizah bergantung kepada sama ada beliau masih menjadi Menteri Besar Selangor selepas PRU14 dan sama ada anggota Team B atau Kartel Azmin masih memegang jawatan penting dalam parti dan Kerajaan Negeri Selangor.

Oleh itu, sekiranya Wan Azizah mahu selamat berhadapan cabaran Azmin, dia harus meneutralkannya sekarang, PRU14. Sebaik sahaja PRU14 selesai, dan sekiranya orang-orang Azmin masih hidup selepas PRU14, maka Wan Azizah hanya mempunyai satu pilihan, terpaksa meninggalkan jawatan yang disandang sekarang.

Oleh itu, Wan Azizah melakukan apa yang dilakukan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada 2016, iaitu untuk membuat perjanjian dengan Lim Kit Siang. Nampak seperti setiap kali Melayu nak bunuh Melayu mereka akan mencari ‘Uncle Lim’. Kit Siang adalah pakar mengenai bagaimana untuk menghapuskan musuh politik dalaman. Lagipun, dia mempunyai pengalaman 50 tahun dalam melakukan itu dengan musuh-musuh politik dalamannya dan menguruskan DAP seperti parti itu adalah milik peribadinya.

Pada masa ini berlaku pergolakan di dalam PKR mengenai pemilihan calon-calonnya bertanding di PRU14. Wan Azizah cuba menyenaraikan calonnya sementara Azmin juga melakukan perkara yang sama. Dan kedua-dua senarai bertentangan satu sama lain. Jika senarai Azmin masuk maka akan dicantas oleh Wan Azizah, dan begitu juga sebaliknya. Yang akhirnya Kit Siang akan menentukan siapa yang akan bertanding di PRU1 – orang Azmin atau Wan Azizah.

Wan Azizah, sudah tentu menjadi penandatagan Surat Watikah yang memberi kebenaran kepada semua calon dari pakatan pembangkang untuk bertanding PRU14 di bawah logo PKR – termasuk calon DAP, PPBM dan PAN. Tetapi Wan Azizah sendiri tidak menyediakan Surat Watikah. Orang yang menyiapkan Surat Watikah adalah Saifuddin Nasution, penasihat strategik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Saifuddin Nasution, penasihat strategik Guan Eng, sedang menyiapkan Surat Watikah dan ia tidak memihak kepada Azmin

Jadi, hanya tiga orang yang bertanggungjawab menyediakan senarai calon pakatan pembangkang – Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Saifuddin Nasution. Malah, Wan Azizah dan Azmin tidak terlibat, yang mana mengejutkan Azmin. Wan Azizah dan bukan Azmin akan menandatangani. Dan jika Azmin tidak berhati-hati, PRU14 akan menjadi pengakhiran kerjaya politiknya. Dan dia tidak mampu mencabar Wan Azizah sebagai presiden dalam pemilihan parti.

Kit Siang dan Wan Azizah telah membuat perjanjian mengenai cara meneutralkan Azmin. Nurul Izzah akan bertanding di kerusi negeri di Selangor (kecuali Azmin boleh menghalangnya daripada berlaku) dan akan dilantik sebagai Menteri Besar Selangor baru pakatan pembangkang untuk menggantikan Azmin. Wan Azizah, sebagai Presiden PKR dan juga mengetuai pakatan pembangkang, akan menjadi Perdana Menteri. Dan sebagai ganjaran untuk pertolongan, sokongan dan usaha Kit Siang, DAP akan menentukan calon Timbalan Perdana Menteri.

Cakap-cakap di Komtar adalah jika pakatan pembangkang menang PRU14 maka Kit Siang akan menjadi Timbalan Perdana Menteri. Isu Timbalan Perdana Menteri tidak dibincangkan pada tahap ini. Ia terlalu sensitif untuk memberitahu pengundi Melayu bahawa seorang Cina akan menjadi Timbalan Perdana Menteri jika pakatan pembangkang menang PRU14 dan dapat membentuk kerajaan persekutuan.

Tony Pua dari DAP tidak bercakap dengan Azmin selama lebih daripada satu tahun dan dia adalah diantara orang yang mahu melihat Azmin digulingkan. Tanpa sokongan DAP Selangor terhadap Azmin, dia tidak akan berpeluang untuk bertahan dalam PRU14. Dan tangan ghaib Kit Siang akan mengikat tangan Azmin. Akhirnya, politik Azmin akan ditamatkan oleh Kit Siang sebaik sahaja Wan Azizah menandatangani Surat Watikah dan pengikut Azmin akan di ketepikan.

Azmin kini mula menyedari bahawa DAP, bersama Kit Siang dan Wan Azizah, adalah musuhnya. Tetapi dia sepatutnya menyedari hal ini semasa beliau mengenepikan Wan Azizah, calon DAP sebagai Menteri Besar Selangor. Ia bergantung kepada masa sebelum Azmin akan menerima pembalasan. Dan PRU14 adalah hari beliau menerima pembalasan.

Kit Siang dan Wan Azizah sangat pandai menonjolkan seolah-olah Mahathir adalah pilihan pakatan pembangkang untuk menjadi Perdana Menteri. Dan Azmin terperangkap dan berlari mencari Mahathir untuk membuat perundingan. Tetapi sebenarnya Kit Siang dan Wan Azizah hanya menggunakan Mahathir untuk menamatkan riwayat politik Azmin. Tidak mungkin mereka bersetuju Mahathir menjadi Perdana Menteri. Dan DAP juga tidak mahu Azmin sebagai Timbalan Perdana Menteri, seperti yang diharapkan Azmin akan berlaku jika Mahathir menjadi Perdana Menteri.

Rujukan:
https://pakdin.my/pru14-otai-reformis-bidas-kartel-jangan-ugut-kak-wan/
https://pakdin.my/pru14-pakatan-harapan-sedang-porak-peranda-kerana-berebut-kuasa/
https://pakdin.my/tag/langkah-kajang/

#DosaMahathir
#PakatanHipokrit
#BersamaBN
#HebatkanNegaraku
#DahulukanRakyat

UTAMAPILIHAN RAYAPRU14: Pergolakan antara Kartel Azmin dan Orang Azizah - Kit Siang berkuasa,...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium