PRU14: Pesawat dinaiki Mahathir ada masalah, VistaJet nafi sabotaj - pakdin.my

Sebuah syarikat penerbangan mengesahkan tiada unsur sabotaj ketika menyediakan khidmat kepada pelanggannya.

Tidak menamakan mana-mana individu, VistaJet mengakui sebuah pesawatnya dikesan mengalami masalah teknikal ketika pemeriksaan sebelum pelepasan, lapor BH Online.

Namun syarikat itu dalam kenyataan berkata pihaknya menyediakan pesawat ganti bagi memenuhi jadual perjalanan pelanggan.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Tun Dr Mahathir Mohamad minggu lalu mendakwa pesawat peribadi yang disewanya dari Lapangan Terbang Subang disabotaj pihak tertentu.

Dr Mahathir mendakwa beliau dimaklumkan tayar pesawat bocor dan tidak dapat dibaiki segera, memaksanya meminjam pesawat rakan untuk ke Langkawi.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) yang menyiasat dakwaan itu juga mendapati tiada unsur sabotaj terhadap pesawat Bombardier Challenger CL60.

Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman menyifatkan tuduhan itu sangat serius dan boleh menjejaskan reputasi industri penerbangan Malaysia.

Rujukan:
https://pakdin.my/pru14-caam-tidak-temui-petunjuk-pesawat-mahathir-disabotaj/
https://pakdin.my/pru14-kalau-nak-sabotaj-tak-kan-pada-tayar-mesti-di-periksa-sebelum-memulakan-penerbangan/
https://pakdin.my/pru14-drama-raih-simpati-sudah-bermula-mahathir-main-wayang-sandiwara/

#FitnahPakatanHarapan
#PakatanHipokrit
#BeritaPalsu
#AntiBeritaTidakBenar
#DosaMahathir
#TsunamiFitnah

UTAMAPILIHAN RAYAPRU14: Pesawat dinaiki Mahathir ada masalah, VistaJet nafi sabotaj

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium