PRU14: UMNO tidak sah?

1. Rais Yatim elok keluar sahaja dari UMNO, lebih tepat elok dipecat. Beliau sedang merosakkan UMNO dari dalam namun tiada sesiapa pun di Pejabat Perdana Menteri hendak bertindak? Mengapa beliau masih mengekalkan jawatan Penasihat Perdana Menteri?

2. Hari ini beliau mempersoalkan legitimasi UMNO sebagai sebuah pertubuhan. Jika Rais Yatim hendak tahu kedudukan Pemilihan UMNO, beliau boleh sahaja menghubungi Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor untuk bertanya. Malangnya beliau memilih untuk mengkritik dan bertanya di media sosial.

3. Untuk pengetahuan Rais Yatim, Tengku Adnan telah pun beberapa kali memaklumkan kepada umum bahawa Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah memberi kebenaran untuk menangguhkan pemilihan UMNO sehingga selewat-lewatnya April 2019 berdasarkan surat bertarikh 31 Oktober 2017.

4. Ini dibuat oleh ROS melalui Akta Pertubuhan 1966 dan kuasa tambahan (residual powers) di bawah Seksyen 3A Akta Pertubuhan 1966, yang memberi kuasa untuk ROS membenarkan perlanjutan masa kepada UMNO.

5. Katakanlah Rais tidak mahu menerima semua penjelasan tersebut. UMNO masih parti yang sah kerana prosedur pembubaran parti tersebut belum dilakukan. Sehingga ia diisytiharkan bubar, UMNO kekal sebuah organisasi yang sah walau apa kesalahan atau kegagalan ia mematuhi peraturan pun.

6. Sesebuah pertubuhan tidak boleh terbubar sendiri. Jadi selagi tidak bubar, selagi itulah ia sebuah pertubuhan yang sah.

7. Barisan Nasional gabungan banyak parti telah didaftarkan sejak berpuluh tahun lalu. Ia tidak terbubar jika ada salah satu pertubuhan di dalamnya terbubar.

8. Ini berbeza dengan pakatan Harapan yang belum didaftarkan. ROS tidak boleh mendaftar kerana salah satu pertubuhan yang terdapat dalam permohonan tersebut sedang berhadapan pembubaran.

9. Dari segi pilihan raya, yang bertanding adalah Barisan Nasional bukan UMNO. Jadi sama ada UMNO sah atau tidak, ia tidak relevan dalam penentuan calon pilihan raya Barisan Nasional. Ia sama sahaja macam calon DAP, PAN dan PPBM menggunakan logo PKR.

10. Kedudukan Perdana Menteri juga tidak terjejas kerana pemilihan Perdana Menteri bukan berdasarkan keahlian parti atau kedudukan dalam parti. Ia berdasarkan sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat dan perkenan Yang Di Pertuan Agong.

Sumber:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10216204660569586&id=1244194023

9
Leave a Reply

Please Login to comment
  Subscribe  
newest oldest most voted
Notify of
Ishaizam Ishak
Guest

PH dh tk ada modal nk burukkan bn

Isaac Van BM
Guest

Sokong. Tak sangka ada musang berbulu ayam di Negeri Sembilan. Tak cukup kaya lagi ke wahai musang tua?

Mizan Syed
Guest

Parti lain pulak melebih dh kena sengat le tu .pecat aje jgn bg muka org muda ramai lg

Shelly Nasution
Guest

Mana surat ROS yg tulis bole lanjut sampai april 2019. Kasi tunjuk le

Ned Salleh
Guest

Tak boleh kena cuit skit.. Terus nak melenting melatah UMNO ni.. Gentleman la skit.. Kalau tak salah, cool je la… Mcm Tun M.. cool…hehe..

Fikrul Zikri
Guest

Hurmm

All Champions
Guest

KENYATAAN AKHBAR oleh YB Dato Seri Tengku Adnan Assalamualaikum wbt Isu berkaitan UMNO yang kononnya sebuah pertubuhan politik haram dan tidak sah masih terus-terusan dimainkan… Read more »

Dato Japri
Guest

Buang trus pijat ne..bahaya

Omar Saifuddin Abdul Aziz
Guest

Ini parti apa ni.. 6 tahun baru nak buat permilihan. nasib baik Perlembagaan Malaysia tak boleh tukar.. kalau tak SPR boleh tangguh PRU ke dua… Read more »