PUNB Dapati Sektor Pembekalan Bahan Binaan & Aksesori Kereta Masih Dikuasai Bukan Bumiputera - pakdin.my

kedai-aksesori-melayu

Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) berharap usahawan bumiputera dapat menerokai bidang perniagaan baharu yang jarang diceburi seperti sektor pembekalan bahan pembinaan dan automotif.

Pengerusi PUNB, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, lawatannya ke lapan buah negeri setakat ini mendapati kebanyakan sektor pembekalan bahan pembinaan dan aksesori kereta dikuasai oleh bukan bumiputera, manakala usahawan bumiputera sekadar menjadi penjual.

kedai-hadware-melayu

“Melalui bantuan PUNB, saya berharap usahawan bumiputera dapat merebut peluang ini untuk menjadi pembekal dan bukannya penjual semata-mata,” katanya kepada pemberita sebelum perjumpaan dengan usahawan-usahawan bumiputera negeri, di sini, Selasa.

Beliau turut berhasrat menubuhkan kumpulan PUNB dalam kalangan peminjam dan kumpulan PUNB di peringkat kebangsaan bagi memberi ruang kepada golongan peminjam berkongsi pendapat tentang perniagaan mereka.

“Saya berharap pada hujung bulan ini satu kumpulan PUNB di peringkat kebangsaan dapat ditubuh dan bermesyuarat setiap bulan untuk berdialog dan berbincang dengan peminjam dalam hal meningkatkan peniagaan mereka,” katanya.

Sehingga kini, 196 usahawan bumiputera di Pulau Pinang berjaya mendapat bantuan pembiayaan daripada PUNB berjumlah RM78.8 juta.

“Kami telah mengenal pasti beberapa bidang penting yang harus diceburi oleh usahawan bumiputera khususnya di negeri ini dan saya berharap mereka akan merebut peluang ini,” katanya lagi.

Beliau menambah, antara bidang yang banyak diceburi oleh usahawan Bumiputera ialah barangan runcit, pakaian, tekstil dan aksesori wanita, produk berasaskan petroleum, barangan ICT dan buku serta peralatan menulis.

Sejak ditubuhkan pada 1991 atau dalam masa 22 tahun, PUNB telah mengeluarkan pinjaman berjumlah RM1.8 bilion kepada 5,000 syarikat atau 7,000 usahawan, katanya yang berpuas hati dengan kadar pembayaran balik lebih 70 peratus.

UTAMAEKONOMIPUNB Dapati Sektor Pembekalan Bahan Binaan & Aksesori Kereta Masih Dikuasai Bukan...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium