Pusat Latihan Reformasi PKR: Penipuan Anwar Tidak Laku Di Mata Anak Muda. - pakdin.my

Pusat Latihan Reformasi

Pada 20hb September yang lepas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah melancarkan sebuah institusi yang diberi nama “Pusat Latihan Reformasi” bertempat di Damansara. Majlis perlancaran ini dijalankan secara tertutup dan hanya mereka yang dijemput melalui email akan dibenarkan untuk hadir. Dikatakan bahawa pusat latihan ini diwujudkan untuk memperingti kesungguhan Datuk Seri Anwar Ibrahim di dalam perjuangan beliau menuntut “Reformasi” dalam kerajaan Malaysia.

Apa yang boleh diambil dari penubuhan institusi ini adalah, PKR semakin terdesak dalam menarik perhatian orang muda Malaysia. Ini jelas apabila, pusat ini mensasarkan latihan dan pendidikan terhadap ideologi Anwar Ibrahim yang semakin lama semakin tua dan tidak relevan di kalangan masyarakat belia Malaysia.

Ia juga secara jelas ditubuhkan untuk menanam kebencian yang mendalam terhadap kerajaan Malaysia kerana golongan muda semakin lama semakin muak dengan retorik dan cerita-cerita bohong oleh PKR terhadap pemimpin dan kerajaan Malaysia sendiri.

Untuk makluman pembaca, sebelum penubuhan institusi ini, terdapat banyak institusi yang telah dilancarkan oleh pihak Pakatan Rakyat terutamanya PKR di dalam usaha mereka untuk menyebarkan ideologi Anwar Ibrahim disamping menaik taraf faham anarki yang dianuti oleh mereka. Institusi seperti “sekolah politik” dan Institut Kajian Dasar yang dijadikan platform untuk mereka menyebarkan pengaruh mereka dikalangan rakyat Malaysia.

Boleh dikatakan Pusat Latihan Reformasi ini adalah satu teknik rebranding oleh para pemimpin PKR agar perjuangan mereka tampak lebih relevan di mata orang muda. Namun begitu selepas penipuan demi penipuan yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim semakin terserlah di mata rakyat Malaysia, adakah relevan lagi PKR untuk melatih dan membimbing anak muda untuk menyertai mereka? Apakah Anwar Ibrahim sudah lupa akan janji-janji yang ditabur oleh beliau contohnya seperti janji 16 September yang sampai sekarang tidak kunjung tiba?

Pusat latihan ini kemungkinan hanya akan menjadi wadah penipuan seorang bekas pemimpin UMNO yang telah tersalah langkah di dalam karier politiknya. Ya, ramai dikalangan anak muda sekarang sudah lupa bahawa Anwar Ibrahim merupakan pejuang UMNO dan Barisan Nasional satu ketika dahulu. Jikalau Anwar mengatakan bahawa UMNO itu jahat dan zalim, maka beliau juga adalah sebahagian daripada kezaliman tersebut, ini jelas kerana Anwar Ibrahim bukannya lari dari UMNO atau ter”sedar” dari kesilapan dan keluar dari UMNO. Beliau dibuang dari UMNO! Dihalau keluar kerana terlibat dengan penyelewengan!

Penipuan Anwar Ibrahim jelas, kini ramai anak muda sudah sedar akan kesilapan yang mereka telah lakukan kerana menurut kehendak hawa nafsu seorang manusia yang bernama Anwar Ibrahim. Lantas mereka mengambil langkah berjaga-jaga dalam melibatkan diri dalam politik. Sebahagian besar anak muda kini mengambil langkah untuk tunggu dan lihat, pihak mana yang boleh membela nasib mereka dengan lebih baik.

Mungkin kata-kata bait lagu Bunkface yang berjudul “Kita Perang Kita Menang” menceritakan tentang kekesalan anak muda Malaysia terhadap penipuan yang telah lama disedari oleh generasi baru Malaysia.

“Apa lagi kau mahu
Pantang dicabar
Engkau sebar
Cerita disongsangkan
Kau kan jatuh

Mana mereka
Yang dulu engkau percaya
Semua telah pun berubah
Makin ku tentang
Makin ku rasakan
Kemahuan mu dalam diam”
-Bunkface (Kita Perang Kita Menang)-

UTAMAPOLITIKPusat Latihan Reformasi PKR: Penipuan Anwar Tidak Laku Di Mata Anak Muda.

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium