Putera Arab Saudi jalani hukuman mati - pakdin.my

RIYADH: Arab Saudi menyatakan ia sudah melaksanakan hukuman mati terhadap seorang putera kerabat diraja negara itu yang didapati bersalah menembak mati seorang lelaki ketika pergaduhan – pelaksanaan hukuman mati yang boleh dianggap jarang berlaku membabitkan kerabat diraja.

Menurut Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi hari ini, pelaksanaan hukuman mati terhadap Putera Turki bin Saud bin Turki bin Saud al-Kabeer itu dilakukan di Riyadh namun tidak menyatakan kaedah hukuman.

Pelaksanaan hukuman mati di Arab Saudi biasanya ialah dipancung di khalayak ramai.

Kenyataan itu juga memberi amaran kepada sesiapa yang melakukan jenayah terbabit, hukuman Syariah menanti mereka.

Arab Saudi mencatat pelaksanaan hukuman mati tertinggi di dunia namun pelaksanaan hukuman itu membabitkan kerabat diraja amat jarang dengan kali terakhir pada 1975 apabila Faisal bin Musaid bin Abdulaziz Al Saud dipancung kerana membunuh Raja Faisal.

 20161020-putera-raja-saudi-hukum-mati

UTAMADUNIAPutera Arab Saudi jalani hukuman mati

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium