Putus Tangan, Lelaki Ditetak Dalam Kediaman Sendiri - pakdin.my

tetak-lembah-jaya-utara

Ampang 20/9/13 :  Seorang lelaki putus tangan kanannya akibat ditetak dua orang lelaki tidak dikenali dalam kediamannya sendiri. Kejadian itu berlaku kira-kira jam 3.00 pagi tadi di pangsapuri Desa Lembah Permai, Lembah Jaya Utara, Ampang.

Mangsa, seorang lelaki berbangsa India yang berumur 23 tahun ketika itu baru saja pulang dari tempat kerjanya. Mangsa bekerja di sebuah restoran makanan di ibu kota.

Dalam kejadian tersebut, dikatakan mangsa pulang ke rumah pada jam 2.30 pagi dan masuk tidur di bilik pertama manakala anak serta isterinya tidur di bilik yang berasingan. Lebih kurang jam 3.15 pagi, isteri mangsa telah terdengar bunyi bising dan mendapati suaminya telah berlumuran darah didalam rumah sambil menjerit kesakitan.

Mangsa memberitahu pihak polis bahawa dia telah diserang dua lelaki india yang tidak dikenali, namun motif serangan tidak diketahui.

Siasatan mendapati tiada kesan pecah atau umpilan pada pintu serta gril rumah mangsa yang berada di tingkat 5 pangsapuri itu. Mangsa putus di pergelangan tangannya setelah ditetak dengan parang. Sehingga kini tiada saksi bebas yang dapat tampil memeberi keterangan kerana kejadian berlaku di dalam rumah. Mangsa dan juga isteri beliau masih gagal ditemubual  akibat trauma.

Pihak polis berharap orang awam yang mempunyai maklumat agar tampil di balai polis berdekatan untuk membantu siasatan

UTAMABERITAPutus Tangan, Lelaki Ditetak Dalam Kediaman Sendiri

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium