Rafizi Tidak Tahu Nilai Ambil Alih SPLASH? - pakdin.my

FUH.. isu RM2.6b semua dia tahu. isu RM2.1b ambil alih Eagle High semua dia tahu.

Bila sampai isu RM3 bilion Kerajaan Pakatan yang dia sendiri pernah membuat laporan kepada SPRM, Rafizi kata semua dia tak tahu!
Rafizi Tidak Tahu Nilai Ambil Alih SPLASH? 
Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mengalu-alukan laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dibuat Gerakan Selangor terhadapnya hari ini.
Bagaimanapun, Rafizi berkata pihak itu terlebih dahulu perlu menyemak kembali fakta mengenai pengambilalihan ekuiti Syarikat Pengeluar Air Selangor (Splash).
Katanya, selepas Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengambilalih jawatan menteri besar Selangor daripada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, beliau tidak terlibat secara langsung dalam urusan pembelian syarikat konsesi itu.
“Saya tidak tahu apa nilai yang dipersetujui tetapi jelas RM200 juta adalah nilai yang ditawarkan oleh pentadbiran sebelum ini (Khalid Ibrahim).
Gerakan Selangor hari ini menggesa SPRM menyiasat Rafizi yang juga anggota Parlimen Pandan kerana mungkin terlibat dengan rundingan pengambilalihan aset air Selangor sehingga wujud konflik kepentingan.
Pengerusinya Datuk David Ang Chin Tat berkata, Selangor meluluskan RM2.7 bilion untuk pengambilalihan ekuiti Splash – 11 kali lebih tinggi daripada yang ditawarkan Khalid Ibrahim.
Mengulas lanjut, Rafizi berkata beliau bagaimanapun bersedia untuk bekerjasama dengan SPRM.
Tulisan mantan Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim.
———
ADAKAH AZMIN ALI BERMORAL TENTANG RM3 BILION SPLASH?
Suka saya nyatakan kepada Dato’ Menteri Besar bahawa sikap moral hendaklah digunapakai secara menyeluruh di dalam pentadbiran dan pengurusan negeri. Jika beliau kononnya mengenakan nilai moral yang tinggi di dalam isu pemberian pampasan bernilai RM2.7juta, beliau juga perlu mempunyai sikap yang sama dalam hal yang lain termasuk dalam isu yang jauh lebih besar yakni pembayaran kepada SPLASH.
Saya ingin bertanya adakah ianya bermoral bagi seorang Menteri Besar (MB) itu bersungguh-sungguh untuk mendapat kembali wang pampasan RM2.7 juta kepada bekas pegawai namun bersungguh-sungguh pula untuk membuat bayaran RM3 billion kepada SPLASH meskipun taksiran asal hanya RM250juta?
Adakah ianya bermoral bagi seorang MB membelanjakan ratusan juta ringgit membayar juruperunding undang-undang dan kewangan serta jurunilai semata-mata mahu menyediakan satu laporan yang menjustifikasikan lebihan bayaran kepada SPLASH?
Adakah ianya bermoral bagi beliau selaku MB mengalihkan beban kesalahan kepada Kerajaan Persekutuan di atas kelewatan beliau menyelesaikan penstrukturan semula industri air Selangor setelah gagal mendapat dana untuk membayar lebihan RM2.7 billion kepada SPLASH?
Adakah ianya bermoral bagi seorang MB yang sengaja tidak mahu mengenakan atau menyemak semula “bulk service rate” terhadap SPLASH sedangkan perkara tersebut boleh beliau laksanakan sementara menunggu penyelesaian pengambilalihan yang mana beliau amat sedar dengan kegagalan beliau berbuat demikian SPLASH telah menikmati keuntungan melebihi RM400juta setahun sejak 2014 sehingga 2016 dan akan berterusan sehingga penyelesaian tercapai?
Dan adakah bermoral bagi seorang MB membiarkan pembayaran terlampau tinggi kepada SPLASH yang akhirnya hanya akan meningkatkan tanggungan hutang negeri sehingga RM3 billion dan kenaikan tarif air kepada rakyat Selangor?
Dalam pada saya amat pasti rakyat Selangor dapat memberi jawapan yang betul kepada persoalan di atas, saya yakin Menteri Besar Selangor tidak berani untuk berdepan dengannya.
Dalam isu moral dan pembayaran ke atas Splash hingga meningkatkan beban negeri dan rakyat, saya yakin pimpinan dari PAS dan mungkin Umno boleh membincangkan dengan mendalam dan terperinci.
Rakyat Selangor memang menyokong MB dan kepimpinan negeri jika berpandukan kepada rating yang dikeluarkan Agensi yang dibiayai kerajaan negeri, justeru adalah menjadi tanggungjawab moral bagi MB memberi keutamaan kepada kepentingan rakyat Selangor dan berhenti mengisi tembolok syarikat konsesi apatah lagi jika mengamalkan sikap tidak bermoral dengan menyelam sambal meminum air dengan turut sama menikmati habuan laba.
YB TAN SRI DATO’ SERI ABDUL KHALID BIN IBRAHIM
ADUN PELABUHAN KLANG
AHLI PARLIMEN BANDAR TUN RAZAK

—————

Rujukan :
“Rafizi Tidak Tahu Nilai Ambil Alih SPLASH”
http://www.malaysiakini.com/news/375012

“Kerajaan Selangor Mahu Ambil SPLASH RM2.8bilion, Nilai Ekuiti Hanya RM500juta – Khalid Ibrahim”
https://pakdin.my/kerajaan-selangor-mahu-ambil-splash-rm2-8bilion-nilai-ekuiti-hanya-rm500juta-khalid-ibrahim/

UTAMAPOLITIKRafizi Tidak Tahu Nilai Ambil Alih SPLASH?

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium