Rakyat  Malaysia Perlu Bangkit Bersama Kecam Kekejaman Di Myanmar - pakdin.my

Bila kekejaman di Myanmar mahu dihentikan? Seluruh dunia sudah bangkit mengecam.

Human Rights Watch sudah kenalpasti terdapat 700 bangunan yang dimusnahkan di Chein Khar Li berdasarkan imej satelit yang dianalisis pada 31 Ogos 2017. 99% kawasan tersebut musnah. Jumlah pelarian yang lari menerusi jalan gunung ke Bangladesh meningkat hingga 90,000 orang. Imej satelit boleh dilihat di pautan berikut :
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1096614470470535&id=610929202372400
Siapa yang tidak marah. Hati siapa yang tidak tersentuh melihat kekejaman yang dilakukan oleh pemimpin yang pernah mendapat Hadiah Nobel Keamanan dunia pada tahun 1991 ini, Aung San Suu Kyi ini.
Tidak layak sama sekali mendapat anugerah itu kerana kini Rohingya telah dikenalpasti oleh Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu sebagai “minoriti yang paling dianaiya di dunia’ sejak tahun 2012 lagi.  Sejak itu sampailah sekarang, pemimpin yang pernah mendapat hadiah keamanan itu masih belum menghentikan kekejamannya terhadap minoriti Rohingya di Myanmar.
Semalam, Wisma Putra telah memanggil Duta Myanmar untuk menyatakan kebimbangan Malaysia terhadap situasi terbaru yang berlaku di Myanmar.
Datuk Seri Anifah Aman menyatakan Myanmar dilihat seperti tidak berusaha langsung untuk menyelesaikan krisis.
“Kerajaan Myanmar sebelum ini memberi jaminan akan mengambil beberapa langkah menyelesaikan masalah berkenaan. Sebagai pemenang Hadiah Nobel yang berdiri dengan prinsip hak asasi manusia, masyarakat antarabangsa meletakkan harapan tinggi kepada Aung San Suu Kyi untuk mewujudkan keamanan dan perdamaian di Myanmar” kata Datuk Seri Anifah Aman.
Seluruh dunia mengecam tindakan junta tentera Myanmar yang tidak berperikemanusiaan ini.
Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan semalam menghubungi Aung San Suu Kyi untuk berbincang mengenai krisis kemanusiaan membabitkan penduduk Islam Rohingya di Rakhine
Al Thani, Menteri Luar Qatar menyatakan negaranya mengecam kuat serangan terhadap umat Islam Rohingya ketika sambutan Aidiladha dan meminta Myanmar mematuhi undang undang antarabangsa.
“Setiap kali saya melihat berita tentang Rohingya, hati saya jadi sedih melihat keadaan umat Islam di Myanmar,” kata Malala Yousafzai, pemenang hadiah Nobel pada tahun 2014.
Menurut “Konvensyen Pencegahan dan Penghukuman Jenayah Genosid 1948, Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu” menggariskan lima tindakan yang jelas menunjukkan kesalahan pembunuhan beramai ramai atau genosid.  Mana-mana satu daripadanya, apabila “dilakukan dengan niat untuk memusnahkan, secara keseluruhan atau sebahagian, kumpulan kebangsaan, etnik, kaum atau agama” adalah salah dari sisi undang undang antarabangsa.
Aung San Suu Kyi telah melakukan empat kesalahan menurut kesalahan  genosid PBB ini. Oleh itu, amatlah wajar jika hadiah nobel yang pernah diberikan kepadanya pada 1991 itu ditarik balik semula. Anugerah nobel itu telah tercemar dengan tindakan kejam yang dilakukan oleh Aung San Suu Kyi.
2001, kerana melakukan genosid terhadap umat Islam di Bosnia, Slobodan Milosevic telah dihadapkan ke Mahkamah Tribunal Antarabangsa di The Hague. Milosevic mati ketika perbicaraan diadakan. Jean-Paul Akayesu, dipenjarakan seumur hidup pada 1998 kerana jenayah genosid di Rwanda.  Aung San Suu Kyi harus menerima hukuman yang sama.
Pol Pot telah bunuh 1.7 juta orang di Kemboja dalam masa lima tahun sahaja pada tahun 70an. Jangan biar Suu Kyi ulangi sejarah hitam genosid Pol Pot di Kemboja. Ianya sedang berlaku sekarang di Rakhine.
Malaysia sudah bersetuju untuk membincangkan isu kekejaman ini dalam satu forum antarabangsa yang lebih tinggi.
24 Disember 2016, sejarah tercatat di persidangan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) di New York. Sesudah 49 tahun, Israel yang mendiami Tebing Barat secara haram dengan meneroka dan membina rumah, akhirnya UNSC meluluskan resolusi berkaitan Konflik Israel-Palestin (Resolusi 2334) yang menggesa pembinaan haram itu dihentikan. Resolusi itu diusulkan oleh Malaysia, New Zealand, Senegal dan Venezuela.
Perjuangan Palestin masih diteruskan, kini dunia Islam bersama sama berjuang untuk membela nasib umat Islam di Myanmar. Usaha Malaysia untuk membawa isu Myanmar ini menerusi platform OIC dan PBB harus disokong oleh semua pihak.
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang dijadual berlangsung 19 September 2017 ini di New York dijangka akan menjadi forum sesuai untuk dunia Islam menggesa kekejaman di Myanmar ini dihentikan.
Seluruh dunia sudah bangkit bersama mengecam kekejaman di Myanmar. Semangat bangkit bersama bukan sahaja demi acara sukan, namun dalam  isu isu kemanusiaan, rakyat Malaysia juga harus bangkit bersama membantah tindakan tidak berperimanusiaan ini.
#SaveRohingya
UTAMARakyat  Malaysia Perlu Bangkit Bersama Kecam Kekejaman Di Myanmar

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium