RAKYAT MISKIN THAILAND TERIMA BANTUAN ALA BR1M - pakdin.my

Hampir tujuh juta rakyat Thailand yang dikategorikan sebagai miskin tegar hari ini mula menerima pemberian wang tunai daripada kerajaan bernilai antara 1,500 hingga 3,000 baht (RM186-RM434).

Agensi berita Xinhua melaporkan, pemberian wang tunai yang terus dikreditkan ke bank penerima itu menyaksikan mereka yang berpendapatan kurang 30,000 baht (RM3,722) setahun layak menerima RM434.

Syarat oleh Kementerian Kewangan itu turut menetapkan penduduk berpendapatan lebih 30,000 namun kurang 100,000 baht (RM3,722-RM12,406.81) setahun layak menerima RM186 wang tunai.

Menurut seorang pegawai kementerian tersebut, sebanyak 8.27 juta rakyat Thailand memohon untuk skim tersebut sebelum ini.

20161210-br1m-pemberian-tunai-rakyat-miskin-thailand

UTAMADUNIARAKYAT MISKIN THAILAND TERIMA BANTUAN ALA BR1M

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium