Rasuah: Empat Pegawai Imigresen Direman Seminggu - pakdin.my

4-pegawai-imigresen-rasuah

IPOH: Empat pegawai Imigresen ditahan reman tujuh hari kerana disyaki meminta dan menerima wang suapan berjumlah RM12,000 daripada sepuluh individu yang memegang kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di Depot Tahanan Langkap, Hilir Perak.

Majistret Nurul Asyifa Ridzuan membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes rasuah mengikut Seksyen 16(a)(b) Akta SPRM 2009.

Menurut sumber SPRM yang ditemui di luar mahkamah, kesemua suspek ditahan semalam di Depot Tahanan Langkap oleh sepasukan anggota SPRM.

“Berdasarkan siasatan awal, kami percayai sindiket ini aktif di Pulau Pinang, Pahang dan Kuala Lumpur sejak November tahun lepas,” katanya.

Kesemua suspek, yang bertugas di Depot Tahanan Langkap, dipercayai menerima sehingga RM3,000 daripada setiap mangsa.

UTAMABERITARasuah: Empat Pegawai Imigresen Direman Seminggu

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium