RCI Skandal Forex BNM: Mahathir Bergegas Ke Putrajaya, Mahu Dengar Sendiri Apa Anwar Cakap

Mahathir khabarnya bergegas ke Putrajaya untuk mendegar sendiri apa Anwar cakap mengenai Skandal RCI Forex. Mahathir dilaporkan dalam perjalanan ke Istana Kehakiman Putrajaya tengahari ini.

Ini bermakna Mahathir sudah tidak percaya lagi pada laporan orang lain mengenai apa yang Anwar akan cakap mengenai Skandal Forex. Mahathir sanggup hadir dan duduk di kerusi orang awam untuk dengar dengan telinganya sendiri.

Semalam, Mahathir baru sahaja buat hal dengan Anwar bila berkata surat Anwar dari penjara mengundang masalah. Mahathir kata sudah ada noktah mengenai hubungan PAS dan Pakatan Harapan.

“Kami akan letakkan tanda noktah untuk rundingan itu. Saya harap kita boleh buat begitu” kata Mahathir semalam. Dilaporkan oleh sumber dalaman, Anwar tidak berpuashati dengan kenyataan yang diberikan Mahathir itu.

Seolah olah Mahathir sudah menguasai PKR pula dalam urusan dalaman mereka. Anwar memang rasa tercabar dan terganggu emosinya dengan ayat ayat Mahathir itu. Silap silap Anwar “u turn” pula hari ini, bantai Mahathir.

Hari ini, memang benarlah jantung Mahathir berlari sederas kudanya. Risau dan gabra menanti apa yang Anwar akan cakap mengenai Skandal Forex yang rugi sampai RM32 billion. Kenyataan Zeti semalam yang mengesahkan kehilangan wang puluhan billion itu amat meresahkan Mahathir.

Apa pula komen Anwar mengenai kenyataan Murad? Sebenarnya Anwar mengetahui hal kehilangan wang ini, namun disembunyikan untuk selamatkan jawatannya sebagai Menteri Kewangan.

Mahathir pernah memujuk Anwar dengan cuba tandatangan kempen mahu bebaskan Anwar. Mahathir cuba pujuk Anwar dengan cara bersetuju Anwar menjadi Perdana Menteri dalam satu kenyataan akhbar dengan The Guardian UK.

Mahathir cuba cari Anwar sampai di mahkamah sebanyak dua kali untuk berbaik semula dengan Anwar. Namun bila ditanya mengenai hal Anwar sebagai peliwat, Mahathir masih pertahankan kenyataannya yang lama dahulu.

Mengenai hal liwat,  Mahathir belum minta maaf pada Anwar. Hari ini, Mahathir bergegas ke Istana Kehakiman Putrajaya untuk dengar sendiri apa yang Anwar cakap.

Apakah hari ini Anwar pula akan conteng arang ke muka Mahathir atau Mahathir akan meratap dan merayu agar Anwar selamatkannya. Mahathir sudah terdesak, dia sanggup buat apa sahaja untuk melepaskan diri dari skandal perbankan terbesar di dunia yang berlaku pada zamannya itu.

13 Replies to “RCI Skandal Forex BNM: Mahathir Bergegas Ke Putrajaya, Mahu Dengar Sendiri Apa Anwar Cakap

  1. Forex untung 50B (Najib senyap)
    Forex rugi 32B (Najib bising)
    Nama pun berniaga, ada untung ada rugi
    Mereka yg terlibat tak curi 1 duit pun dari urusniaga ini
    PM dan TPM tak tahu menahu pasal urusniaga ini sebelum ia terjadi.. dah jadi baru tahu
    TS Nor dah pun letak jawatan sebab rasa dirinya bertanggung jawab
    TS Nor guna pulak ilmu dan pengalaman belajar dari rugi forex 32B ni untuk selamatkan negara msia beratus billion masa krisis matawang 1998 pulak.. kalau tak msia dah lama telingkup
    Takde elemen jenayah.. sekadar kelemahan pengurusan dan tak patuh SOP
    Tun M tak curi satu sen pun duit dari kerugian forex tu.. tak macam kes 1mdb.. kalu tak caya cer buat RCI untuk 1mdb.. najib ada berani? Confirm tak berani punya..
    RCI forex buang masa.. hakikatnya orang yg suruh buat tu ada agenda tersendiri yg akhirnya backfire..

  2. Forex untung 50B (Najib senyap)

Leave a Reply