Remaja Maut Cuba Elak Sekatan Polis Di MRR2 - pakdin.my

Remaja Maut Cuba Elak Sekatan Polis Di MRR2

Gara-gara cuba melarikan diri dari satu sekatan polis, seorang remaja nekad menunggang melawan arus.

Bagaimanapun perbuatan itu membawa padah, apabila motosikal ditungganginya bertembung dengan sebuah kereta, menyebabkan remaja terbabit maut.

Kejadian berlaku kira-kira jam 1.45 pagi tadi di Jalan Lingkaran Tengah 2 arah Sungei Besi berhampiran susur Tasek Selatan.

Siasatan awal polis mendapati, motosikal ini dipercayai ditunggang laju dalam keadaan melawan arus.

Sebelumnya, remaja terbabit yang datang dari arah Ampang, terlihat satu sekatan jalanraya berhampiran susur ke Bandar Tasek Selatan.

Remaja berusia 16 tahun ini kemudian terus membelok motosikalnya dan menunggang melawan arus sejauh kira-kira satu kilometer.

Bagaimanapun, sebuah kereta dari arah bertentangan tidak sempat mengelak, lalu kedua-dua kenderaan bertembung di laluan tengah.

Mangsa dikenali sebagai Syazwan Izani Shmad Faisal, dari Seri Kembangan, tercampak ke arah cermin kereta.

Anggota perubatan dari Pusat Perubatan UKM yang tiba tidak lama kemudian, mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.

Keadaan menjadi sayu apabila ibu-bapa mangsa tiba di lokasi kejadian.

Mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

 

UTAMARemaja Maut Cuba Elak Sekatan Polis Di MRR2

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium