Restoran pertama didakwa bawah Akta GST 2014 - pakdin.my

PEMILIK Restoren Hameeds Corner di Seksyen 16, Raja Bunesh (kiri) menjadi peniaga pertama negara yang didakwa mengikut Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) 2014 di Kompleks Mahkamah Shah Alam di sini, hari ini.
PEMILIK Restoren Hameeds Corner di Seksyen 16, Raja Bunesh (kiri) menjadi peniaga pertama negara yang didakwa mengikut Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) 2014 di Kompleks Mahkamah Shah Alam di sini, hari ini.

SHAH ALAM: Sebuah restoran di Seksyen 16, di sini menjadi yang pertama di negara ini dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan di bawah Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) 2014 sejak ia dilaksanakan 1 April lalu.

Restoran Hameeds Corner diwakili pemiliknya, Raja Bunesh Bagam Kamarudeen mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas lima pertuduhan mengeluarkan kira-kira 2,000 keping invois cukai yang tidak mengandungi butiran ditetapkan mengikut Seksyen 22 Peraturan-Peraturan GST 2014.

Restoran Hameeds Corner didakwa melakukan kesalahan itu antara 7 April sehingga 11 April lalu, mengikut Seksyen 33 (2) (b) Akta CBP 2014 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum mengikut Seksyen 96, denda maksimum RM30,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya.

Pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Datuk Raja Rozela Raja Toran dan Hazril Harun mencadangkan ikat jamin RM100,000 bagi kesemua pertuduhan.

Restoran Hameeds Corner yang diwakili diwakili peguam, Cullin Andrew bagaimanapun berkata kes dihadapi anak guamnya ialah kes saman, oleh itu jaminan tidak perlu diberikan kerana anak guamnya telah mengemukakan bon RM15,000 kepada Kastam Diraja Malaysia yang boleh dijadikan sebagai jaminan.

Hakim Ahmad Azhari Abdul Hamid menetapkan ikat jamin sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 25 Mei ini untuk sebutan semula kes. -BERNAMA

UTAMABERITARestoran pertama didakwa bawah Akta GST 2014

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium