Ringgit melepasi 4.0 berikutan penyusutan Yuan - pakdin.my

ringgit_rendah

Ringgit ditutup 1.96 peratus lebih rendah, melepasi tahap psikologi 4.0 berbanding dolar AS hari ini berikutan tindakan bank pusat China menurunkan nilai yuan untuk hari kedua.

Pada jam 5 petang, unit tempatan disebut harga pada 4.0375/0415 berbanding dolar AS 3.9600/9630 semalam.

“Yuan merosot lagi hari ini kepada 6.3870 sedolar berbanding 6.3231 semalam selepas bank pusat China menurunkan nilai yuan.

“Penurunan nilai yuan, di samping turun naik harga komiditi telah menyebabkan jualan mata wang serantau, termasuk ringgit hari ini,” kata peniaga.

Ringgit yang melepasi paras 4.0 sedolar untuk kali pertama sejak krisis kewangan Asia 17 tahun lalu, turut diniagakan lebih rendah berbanding mata wang utama lain.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 2.8619/8659 daripada 2.8302/8333 pada Selasa dan turun berbanding yen kepada 3.2388/2431 daripada 3.1723/1752 semalam. Ringgit jatuh berbanding pound sterling kepada 6.2876/2950 daripada 6.1701/1759 semalam dan berkurang berbanding euro kepada 4.4941/4998 daripada 4.3651/3700 sebelum ini.

UTAMAEKONOMIRinggit melepasi 4.0 berikutan penyusutan Yuan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium