Rizab Antarabangsa BNM, RM416.4 bilion pada 15 Oktober - pakdin.my

bank negara malaysia

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah RM416.3 bilion (bersamaan AS$127.1 bilion) pada 15 Oktober 2014.

“Paras rizab itu memadai untuk membiayai 8.6 bulan import tertangguh dan ialah 1.2 kali hutang luar negeri jangka pendek,” kata BNM dalam satu kenyataan hari ini.

Rizab mata wang asing yang berjumlah AS$116.7 (RM381.22) bilion, menyumbang sebahagian besar daripada rizab itu, manakala rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) berjumlah AS$1 (RM3.26) bilion, Hak Pengeluaran Khas (AS$1.9 bilion), emas (AS$1.4 bilion) dan aset-aset rizab lain (AS$6.1 bilion).

Paras rizab pada 15 Oktober 2014, mengambil kira pelarasan suku tahunan bagi perubahan penilaian semula pertukaran asing.

UTAMAEKONOMIRizab Antarabangsa BNM, RM416.4 bilion pada 15 Oktober

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium