ROMBAK PENGURUSAN DAN ALP, IKUT SARANAN PM – SHAHRIR

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) bakal menyaksikan rombakan di peringkat pengurusan termasuk ahli lembaganya dalam usaha memberi nafas baharu kepada organisasi terbabit seperti disarankan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pengerusinya yang baharu, Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata, rombakan dan penyusunan se­mula itu nanti bagi mengembalikan kedudukan dan kesejahteraan warga Felda serta menyelesaikan beberapa masalah dalam organisasi itu.

Katanya, beliau akan me­ngadakan pertemuan dengan pihak pengurusan Felda esok bagi membincangkan tentang penstrukturan dan penyusunan semula yang akan dilakukan selepas ini.

“Ketika bertemu Perdana Menteri pada Jumaat lalu, permintaan beliau adalah supaya saya merombak kembali pengurusan serta struktur Felda bagi mengatasi masalah sedia ada serta mengembalikan kedudukan warga Felda yang kukuh seperti dulu, terjamin daripada segi pendapatan serta mengambil kira masa depan kedudukan generasi kedua Felda.

“Oleh itu, saya akan bertemu dengan pengurusan Felda esok bagi membincangkan permasalahan dialami serta apa yang perlu dilakukan. Ini tidak semestinya semua dirombak, tetapi langkah ini bagi menyelesaikan masalah dihadapi sekarang,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Shahrir menggantikan Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad yang tamat tempoh perkhidmatannya sebagai Pengerusi Felda pada 31 Disember tahun lalu, namun Mohd. Isa akan terus memegang jawatan sebagai Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGV).

3 Replies to “ROMBAK PENGURUSAN DAN ALP, IKUT SARANAN PM – SHAHRIR

Leave a Reply