Rundingan Peruntukan Kerusi Antara PKR, DAP Dan PAS Di Beberapa Negeri Temui Jalan Buntu - pakdin.my

Dari kiri, Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din; Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; Presiden, Datuk Abdul Hadi Awang; Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa bersama Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail pada Majlsi Perasmian Muktamar Tahunan PAS di Markaz Tarbiyah PAS Pusat Taman Melewar di Gombak

Hasrat PKR, DAP dan PAS untuk memuktamadkan rundingan mengenai pengagihan kerusi yang akan mereka tandingi di lima kerusi menjelang bulan lepas tidak kesampaian apabila ia dipercayai menemui jalan buntu.

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail yang dihubungi Selasa berkata berikutan kegagalan itu, kepimpinan tiga parti berkenaan di Johor, Pahang, Sarawak, Perak dan Kedah berharap mereka diberi tempoh tambahan untuk menyelesaikan perbezaan pendapat, kebanyakannya berhubung tuntutan bertindih bagi kerusi tertentu.

“Tempoh akhir bagi rundingan itu pada Ogos hanyalah suatu panduan. Beberapa negeri memohon tempoh lanjutan untuk menyelesaikan perkara itu. Ia hanya melibatkan beberapa negeri, bukan banyak,” katanya.

Kepimpinan pakatan PKR-DAP-PAS sepatutnya memuktamadkan rundingan mereka mengenai pengagihan kerusi yang akan ditandingi calon masing-masing bagi kerusi negeri dan Parlimen pada pilihan raya umum akan datang menjelang Ogos lepas untuk mengelak tercetusnya perbalahan.

PAS dan DAP dilaporkan berhajat untuk meletakkan calon bagi beberapa kerusi Parlimen yang dimenangi PKR pada pilihan raya umum 2008 kerana penyandang kerusi berkenaan meninggalkan parti itu.

UTAMABERITARundingan Peruntukan Kerusi Antara PKR, DAP Dan PAS Di Beberapa Negeri Temui...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium