RUU PERBEKALAN 2017 LULUS

Dewan Rakyat malam tadi meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2017 selepas dibahaskan sejak 24 Oktober lalu.

Rang undang-undang itu diluluskan menerusi undi belah bahagi dengan 105 menyokong dan 73 membangkang pada 11.10 malam.

Rang undang-undang itu kemudian dibentangkan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abdul Ghani untuk bacaan kali ketiga yang disokong Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim.

Bajet 2017 dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 21 Oktober lalu dan diluluskan di peringkat dasar pada 7 November.

Rang undang-undang ini bertujuan memperuntukkan sejumlah RM260.8 bilion untuk perbelanjaan kerajaan pada 2017.

20161024-pendapatan-peruntukanbajet-2017


Undian belah bahagi Dewann Rakyat

bacaan ke 3:

Setuju 105,

Tidak Setuju 73,

Berkecuali 1,

Keputusan: Bajet 2017 diluluskan!

42 Replies to “RUU PERBEKALAN 2017 LULUS

Leave a Reply