Saari dan Hasnul digantung keahlian PAS setahun - pakdin.my

saari-hasnul-barua-pas-kena-gantung

Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS, Saari Sungib dan Hasnul Baharuddin yang membelakang keputusan parti berhubung kemelut calon Menteri Besar Selangor digantung keahlian.

Kedua-duanya yang masing-masing mewakili kawasan Hulu Kelang dan Morib itu dikenakan tindakan selama setahun, berkuatkuasa pada Ahad.

Keputusan membabitkan Adun Hulu Kelang dan Morib itu diumumkan oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali selepas mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat di Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur, Ahad.

“Jawatankuasa PAS Pusat yang bermesyuarat sebentar tadi memutuskan untuk menggantung keahlian mereka selama setahun berkuatkuasa hari ini (Ahad),” katanya pada sidang media di sini.

Terdahulu, mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat itu dipengerusikan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Namun, Mustafa berkata, kedua-dua Adun itu boleh mengemukakan rayuan secara bertulis kepada Setiausaha Majlis Syura Ulama dalam tempoh 15 hari dari tarikh surat penggantungan itu dikeluarkan.

“Mereka boleh buat rayuan bertulis berdasarkan pasal 83 (4) (5)  Perlembagaan PAS pindaan 2011 kepada Majlis Syura Ulama dari tarikh surat penggantungan itu dikeluarkan.

“Jadi penggantungan itu berkuatkuasa hari ini. Dalam masa 15 hari mereka boleh merayu kepada Majlis Syura… Insyallah. Itu keputusan yang telah dibuat tadi,” katanya.

Jelas beliau, dengan penggantungan itu, kedudukan mereka sebagai Adun Selangor tidak terjejas tetapi mereka tidak boleh terlibat dalam sebarang aktiviti PAS.

“Mereka masih lagi Adun Selangor dan masih lagi ahli parti tapi tidak dibenarkan menyertai sebarang aktiviti berkaitan parti sepanjang tempoh penggantungan itu,” katanya.

Sebelum ini iaitu pada 29 September lalu, Saari, Adun Hulu Klang dan Hasnul, Adun Morib dipanggil menemui Mustafa dan Penolong Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyudin Hassan sebagai permulaan prosiding tindakan disiplin ke atas mereka.

Keputusan itu diputuskan selepas kedua-dua mereka menandatangani akuan bersumpah (SD) menyokong pencalonan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor, sehingga membelakangkan parti.

Hasnul dan Saari sebelum ini bersama 15 Adun DAP dan 13 Adun PKR menyokong Dr Wan Azizah menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor sebelum PAS bermesyuarat bagi mencapai keputusan rasmi mengenai perkara tersebut.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-60 di Batu Pahat, Johor bulan lalu mengecam tindakan kedua-dua Adun itu, malah menggelar mereka sebagai “barua”.

UTAMAPOLITIKSaari dan Hasnul digantung keahlian PAS setahun

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium