Saman Terhadap Hadi Awang Isyarat Perselisihan Dalam PR – Zaid Ibrahim - pakdin.my

Mohd Shamsul ketika sidang media di Kuala Besut meminta Hadi dedah siapa edar pil kuda
Mohd Shamsul ketika sidang media di Kuala Besut meminta Hadi dedah siapa edar pil kuda

Tindakan undang-undang oleh ahli PKR terhadap Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang adalah ‘isyarat jelas’ wujudnya perselisihan di antara gabungan parti itu, kata calon bebas yang bertanding di Kajang, Datuk Zaid Ibrahim.

Zaid mempersoalkan penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berdiam diri mengenai kes ahli PKR, Mohd Shamsul Mat Amin yang menyaman Abdul Hadi berhubung satu kenyataan bahawa seorang pemimpin PKR terlibat dalam penjualan methamphetamine di Terengganu.

Tindakan berdiam diri itu didakwa memberi gambaran bahawa terdapat permusuhan antara PAS dan PKR.

Mohd Shamsul adalah calon bagi kerusi DUN Bukit Besi pada pilihan raya umum tahun lepas.

Pada Ahad, sebuah portal berita melaporkan bahawa Mahkamah Tinggi Terengganu telah mengarahkan Abdul Hadi membayar RM2 juta kepada Mohd Shamsul.

Abdul Hadi juga telah diarahkan untuk membayar faedah lima peratus dari tarikh Mohd Shamsul memfailkan writ dan kos berjumlah RM1,500.

Mahkamah membuat keputusan itu selepas Abdul Hadi gagal untuk memfailkan writ bagi menangkis dakwaan Mohd Shamsul.

Zaid berkata beliau tidak mempersoalkan keputusan Mahkamah Tinggi itu tetapi menambah terdapat alternatif lain untuk menyelesaikan pertikaian di antara dua parti politik tanpa menggunakan saluran undang-undang.

“Dari segi moral, tindakan ahli PKR untuk mendakwa Abdul Hadi menunjukkan pakatan tidak teratur dan saya hairan kenapa Anwar tidak menghalang ahli partinya menyaman kawan baiknya walaupun perkara itu berlaku semasa pilihan raya umum lepas,” dakwanya dalam satu kenyataan.

Peguam PAS Asmuni Awi berkata usaha sedang dilakukan untuk mengetepikan perintah itu di Mahkamah Tinggi Terengganu.

Mohd Shamsul memfailkan saman terhadap Abdul Hadi kerana mendakwa calon PKR telah menjual pil methamphetamine (pil kuda) menjelang pilihan raya umum ke-13.

Kenyataan Abdul Hadi itu menyaksikan PAS meletakkan calon-calonnya di tiga kerusi negeri di Terengganu yang telah diperuntukkan kepada PKR.

Semasa pilihan raya kecil Kuala Besut, Mohd Shamsul telah menuntut Abdul Hadi memohon maaf kerana orang ramai menganggap dia adalah orang yang dituduh melakukan perbuatan itu.

UTAMAPOLITIKSaman Terhadap Hadi Awang Isyarat Perselisihan Dalam PR - Zaid Ibrahim

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium