Sambutan Konvoi Bersih Di Pulau Pinang Hambar

Konvoi Bersih yang diadakan di Pulau Pinang pada Ahad kurang mendapat sambutan walaupun dengan kehadiran Pengerusi Bersih Maria Chin Abdullah dan wakil rakyat tempatan.

Konvoi yang disertai kurang daripada 50 orang yang memakai kemeja T Bersih, memulakan perjalanan dari Tesco Alma Bukit Mertajam pada 7.30 pagi dan bergerak melalui beberapa kawasan awam termasuk pasar Taman Selamat dan pasar pagi Machang Bubuk.

Bukan itu sahaja, konvoi itu juga gagal menarik perhatian penduduk setempat walaupun kerusi Dewan Undangan Negeri dan Parlimen dimenangi DAP dan PKR yang menyokong Bersih.

Pengerusi Bersih, Maria berkata pertubuhan badan bukan kerajaan itu (NGO) tidak mengharapkan ramai yang akan menghadiri konvoi berkenaan.

“Kami hanya menyasarkan antara 30 dan 40 orang yang akan menyertai konvoi ini, kerana kami mahu berjumpa dengan orang ramai tentang pendapat mereka mengenai tuntutan Bersih,” katanya ketika dihubungi.

20161009-konvoi-bersih-pulau-pinang-hambar

100 Responses

Leave a Reply