SAUDI BAKAL MENCONTOHI LANGKAH MALAYSIA MEMPELBAGAIKAN SUMBER PENDAPATAN (TERMASUK GST) BAGI MENANGANI KEJATUHAN HARGA MINYAK - pakdin.my

najib-mengadap-raja-salman

Pada tahun 2009, 41.3% daripada pendapatan negara adalah dari sektor minyak dan gas – berjumlah RM 85.1 bilion keseluruhan pada tahun 2009.

Pada tahun ini, pendapatan untuk sektor berkenaan dijangka berjumlah RM 31 bilion sahaja – berkemungkinan akan menjadi lebih rendah kerana ia mengikut jangkaan harga minyak Brent pada nilai US$48 setong. Pada masa ini, harga minyak Brent ialah US$ 37.80 setong.

Ini bermakna lebih kurang RM 60 bilion hingga RM 70 bilion daripada pendapatan negara akan berkurangan pada tahun 2016 berbanding tahun 2009 – jadi, dari mana tambahan RM 70 bilion setahun boleh diperoleh untuk menyelamatkan ekonomi kita?

Pada tahun 2009, kerajaan memperkenalkan ETP dan Model Ekonomi Baru 2009 kerana sudah menjangkakan senario seperti ini mungkin akan berlaku. Lihat
http://www.epu.gov.my/epu-theme/pdf/nem.pdf

“Dari pertengahan 1970-an, sumbangan daripada minyak dan gas meningkat dan kini menyumbang kira-kira 40% daripada jumlah hasil kerajaan. MBE mencadangkan beberapa pembaharuan dalam mempelbagaikan sumber-sumber pendapatan negara. Asas cukai yang lebih luas adalah satu bahagian penting dalam pembaharuan, di mana pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) adalah komponen utama.

Asas cukai yang lebih pelbagai diperlukan untuk mengimbangi pengurangan hasil daripada sektor minyak dan gas pada masa hadapan. Secara keseluruhan, satu lagi matlamat pembaharuan fiskal adalah untuk mengurangkan kadar cukai peribadi dan korporat, yang akan memberi insentif kepada individu dan syarikat untuk meningkatkan pendapatan dan keuntungan mereka.”

“Dengan rizab minyak sebanyak 4 bilion tong dan kadar pengeluaran kira-kira 250 juta tong setahun, mempelbagaikan sumber pendapatan boleh membantu negara membuat persiapan apabila rizab minyak berkurangan,”

Ini adalah masalah yang tidak pernah dihadapi dan tidak juga cuba untuk ditangani oleh kerajaan di bawah pimpinan Tun Mahathir – itulah sebabnya mereka tidak berani untuk melaksanakan GST dan pembaharuan cukai yang lain.

Dan kerajaan Tun M mungkin juga tidak membayangkan bahawa satu hari nanti penggunaan minyak dalam negara akan melebihi pengeluaran minyak negara kita – yang mana betul-betul telah berlaku pada tahun 2013 dan 2014.

Dengan perancangan yang teliti oleh Kementerian Kewangan, EPU dan PEMANDU sebagai sebahagian daripada ETP pada tahun 2009, kebergantungan negara kita kepada sektor minyak telah menurun daripada paras bahaya iaitu 41.3% pada tahun 2009 kepada hanya 14.1% atau lebih rendah pada tahun 2016.

Malah, walaupun harga minyak dan gas menurun pada paras sangat rendah, eksport Malaysia terus berkembang manakala pendapatan negara kekal stabil manakala ekonomi domestik terus berkembang dan negara kita meneruskan trajektori pertumbuhannya.

Tidak seperti negara-negara lain yang bergantung kepada sektor minyak dan komoditi, langkah yang sengaja dan dirancang untuk mengurangkan kebergantungan negara sejak lebih daripada 6 tahun yang lalu menyebabkan kedudukan kewangan Malaysia kurang terdedah kepada penurunan harga tenaga global.

Jika kerajaan tidak mempunyai pandangan jauh dan disiplin untuk mengurangkan kebergantungan ini, ia boleh menjadi masalah besar kepada Malaysia pada tahun ini dan tahun depan.

Semalam, Raja Arab Saudi telah mengarahkan pembaharuan ekonomi untuk mempelbagaikan sumber pendapatan dan mengurangkan kebergantungan yang tinggi terhadap minyak berikutan penurunan mendadak harga minyak mentah – dengan salah satu daripada langkah yang diambil oleh Saudi dan negara Arab yang lain ialah perlaksanaan cukai GST dalam masa terdekat ini.

Mari berikan kredit kepada pihak yang menjayakannya

PEMANDU, Idris Jala, EPU dan Perdana Menteri Najib Razak sememangnya berhak mendapat kredit kerana telah menjangkakan dan mempersiapkan negara dengan langkah-langkah pencegahan untuk menyelesaikan masalah ini dan meletakkan Malaysia pada landasan yang kukuh.

Sumber :
http://www.yourmiddleeast.com/business/saudi-to-diversify-economy-away-from-oil-king-salman_37609

 

UTAMAEKONOMISAUDI BAKAL MENCONTOHI LANGKAH MALAYSIA MEMPELBAGAIKAN SUMBER PENDAPATAN (TERMASUK GST) BAGI MENANGANI...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium