Saya Tak Mahu Menyerah Kalah – PM

Sepanjang 41 tahun karier politik, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau tidak pernah mencabar sesiapa untuk memperolehi kedudukan sekarang.

Menurut Perdana Menteri, beliau menapak dari satu tangga ke satu tangga serta hanya menawarkan diri apabila terdapat kekosongan.

“Alhamdulillah, resipi itu berjaya,” kata beliau semasa pelancaran Pameran Tahunan PKS (SMIDEX) di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di ibukota hari ini.

Pada masa sama, anak perdana menteri kedua Malaysia itu mengakui selaku ketua negara, beliau berhadapan dengan tekanan yang tinggi.

“Saya jamin, kalau anda berpeluang menjadi perdana menteri, anda akan tahu.

“Anda akan sedar tentang ini dan anda harus belajar untuk menguruskannya,” katanya.

Sepanjang karier politiknya, Najib menjadi Ahli Parlimen pada usia 22 tahun, Timbalan Menteri pada usia 25 tahun Menteri Besar Pahang ketika berusia 29 tahun  serta perlbagai jawatan lain sebelum menjadi Perdana Menteri pada usia 56 tahun.

“Saya tak galakkan anda ikuti perjalanan ini, kerana banyak perkara di dalam hidup yang perlu dilepaskan kerana pada usia muda, saya sudah melalui macam-macam.

“Dan saya beritahu diri saya, saya perlu hadapinya. Saya tak mahu menyerah kalah,” kata Ahli Parlimen Pekan itu.

15
Leave a Reply

Please Login to comment
  Subscribe  
newest oldest most voted
Notify of
Fyti Peter Jout
Guest

Go forward…we support the good…make Malaysia our country the best in the world…

Kurosagi Nantoka
Guest

UMNO adalah parti yang kuat, buktinya dah berapa tahun pembangkang pernah dapat pegang kerajaan ? tembok besar UMNO iaitu sabah sarawak, pahang dan johor harus… Read more »

Wira Para Rahim
Guest

Tak sanggup aku lah .gaji pun bukan besar sgt jika di banding dgn gaji Mb S’ngor dan Png jauh lbh besar .risiko / kerje tak… Read more »

Izhar Ali
Guest

Respect. Pm

John Romen
Guest

dah muka tak malu

Mat Piah Teh Deris
Guest

Satuju.., masa sekolah dulu sy termasuk dibawah rumah Tan Hong Kong House dengan motto ‘Never Say Die” tp bila sudah dewasa motto msh dipeggang dengan… Read more »

Ya Stan Mat Yunus
Guest

Pengalaman melebehi segala2 nya

Mohd Fauzi
Guest

Ya betul. Pengalaman DSN banyak kerena DSN telah berada di dlm UMNO. Oleh itu sy berharap DSN dpt membantu semua lapisan masyarakat.

Gir Rizalo
Guest

Puak2 PH gay lgbt meroyan jer klo tk dpt hisap

Bobby Fadzli
Guest

Ak xnk undi ko #najibrazak