Sebahagian Besar Kaherah Ranap Dijilat Api (video) - pakdin.my

Mesir-Tak-Stabil

Sebahagian besar kawasan di Kaherah, Mesir, ranap dijilat api selepas tentera bertindak menggempur dan membakar dua kem penyokong kuat Morsi.

Setakat ini, pegawai perubatan mengesahkan, keganasan meragut sekurang-kurangnya 278 nyawa sementara lebih 2,000 yang lain cedera.

Seorang doktor berusia 25 tahun, Abdullah Sayyed berkata, dia menerima mangsa cedera setiap 10 minit.

Kemudahan perubatan disediakan di belakang masjid di Rabaal Al-Adawiyah untuk merawat mangsa.

Penyokong Morsi mendakwa, pasukan tentera menggunakan peluru hidup untuk menyuraikan protes namun disangkal Menteri Dalam Negeri, yang berkata pihak berkuasa hanya menggunakan gas pemedih mata.

 

UTAMADUNIASebahagian Besar Kaherah Ranap Dijilat Api (video)

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium