Sebuah lagi rumah panjang Sarawak dapat bekalan elektrik 24 jam - pakdin.my

Nyayang Angie tidak dapat menggambarkan kegembiraan beliau.

rumah-panjang-1

“Sekarang kita boleh menggunakan banyak peralatan seperti yang kita mahu, malah boleh memilki penyejuk beku untuk menyimpan makanan kita. Kita boleh menggunakan elektrik sepanjang masa,” kata Tuai (Ketua rumah panjang) Rumah Nyayang, yang berusia 82 tahun.

Rumah panjang di Nanga Nilau, Ensiring yang mengambil masa perjalanan empat jam menaiki bot dari Nanga Entabai, telah dipasang sistem tenaga hidro mikro di bawah projek iM Sarawak.

Nyayang Angie tuai rumah panjang

iM Sarawak merupakan inisiatif pembangunan sosial yang diketuai oleh Majlis Penasihat 1Malaysia Sarawak (1MSAC) untuk membantu meningkatkan kualiti hidup pelbagai komuniti di seluruh negeri ini, selaras dengan prinsip 1Malaysia.

Pengerusi 1MSAC Datuk Joseph Salang, yang juga Ahli Parlimen Julau, melawat rumah panjang berkenaan, pada Ahad untuk memeriksa sistem berkenaan.

Projek di Rumah Nyayang merupakan sistem tenaga hidro mikro kelima projek iM Sarawak. Ia telah disempurnakan oleh penghuni rumah panjang di bawah bimbingan kontraktor tempatan Belayong Jampong.

Sehingga kini, rumah panjang itu telah membelanjakan kira-kira RM4,000 sebulan untuk diesel bagi menggerakkan generator yang membekalkan elektrik antara empat hingga lima jam sehari.

Sistem tenaga hidro mikro boleh menjana 8KW elektrik, mencukupi untuk menampung kegunaan 18 keluarga di rumah panjang itu.

Apabila ditanya pemberita mengenai berapa banyak wang yang telah dibelanjakan untuk projek-projek hidro tenaga mikro, Salang berkata: “Usah kita bercakap mengenai jumlahnya. Kami akan menyediakan peruntukan jika rakyat memerlukan projek tertentu”.

Beliau juga berkata iM Sarawak tidak mempunyai persamaan dengan Impian Sarawak, cetusan DAP.

iM Sarawak merupakan projek berasaskan komuniti yang dijalankan orang awam dan organisasi swasta serta individu tempatan yang menyumbang masa dan kepakaran mereka terhadap projek berkenaan, katanya.

“Berbeza dengan kita punya, Impian Sarawak adalah projek berasaskan politik oleh DAP,” katanya.

Salang berkata, projek iM Sarawak direka untuk membawa manfaat jangka panjang yang mapan kepada rakyat, memberi tumpuan terutamanya kepada bidang untuk meningkatkan kualiti hidup, pendidikan dan sukan.

1MSAC diwujudkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memberikan beliau nasihat mengenai keperluan masyarakat di Sarawak. Ia mengumpulkan input daripada rakyat dan pelbagai agensi kerajaan untuk mengenal pasti dan mencadangkan projek-projek di bawah projek iM Sarawak.

UTAMASebuah lagi rumah panjang Sarawak dapat bekalan elektrik 24 jam

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium