Sekolah tahfiz musnah terbakar – 17 anak yatim tinggal sehelai sepinggang - pakdin.my

KUANTAN: Seramai 17 pelajar anak yatim dan fakir miskin tinggal sehelai sepinggang selepas Maahad Tahfiz Muhammadiah Bukit Rangin, di sini, musnah dalam kebakaran malam tadi.

Kejadian kira-kira jam 10 malam itu dipercayai bermula dari stor di tingkat atas yang turut menempatkan pejabat, surau, dua bilik asrama.

Ketika kejadian, semua pelajar terbabit sedang mengikuti kuliah agama di balai Islam di Permatang Badak, di sini.

 Kebakaran menyebabkan tingkat atas bangunan dua tingkat itu hangus dan barangan pelajar terbabit seperti pakaian musnah.

Anggota Bomba dan Penyelamat dari balai Indera Mahkota, Bukit Ubi dan Taman Tas berjaya memadamkan kebakaran kira-kira setengah jam kemudian dan punca kejadian masih dalam siasatan.

Maahad Tahfiz Muhammadiah Bukit Rangin terbakar.jpg-2

UTAMABERITASekolah tahfiz musnah terbakar - 17 anak yatim tinggal sehelai sepinggang

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium