Selangor Diancam Demam Denggi - pakdin.my

Selangor Diancam Demam Denggi

Ancaman demam denggi di Selangor berada dalam keadaan yang sangat membimbangkan berikutan peningkatan kes jangkitan dan kematian serta lokaliti wabak setakat minggu ke-40 tahun ini.

Menurut Jabatan Kesihatan Negeri Selangor terdapat 11,498 kes dilaporkan setakat 5 Oktober lalu, meningkat 61.74 peratus berbanding 7,109 kes bagi tempoh sama tahun lepas.

14 kematian akibat denggi dicatatkan tahun ini berbanding 11 kes bagi tempoh sama pada tahun 2012.

Sebanyak 230 lokaliti wabak dilaporkan di seluruh Selangor.

75 di Daerah Petaling, 71 Hulu Langat dan 44 Gombak.

Terdapat 16 lokaliti wabak tidak terkawal dan 22 lokaliti ‘panas’ atau wabak berlarutan di Selangor.

Selain itu, ancaman denggi di seluruh negara juga menunjukkan peningkatan apabila 23,829 kes dilaporkan tahun ini, iaitu meningkat 42.44 peratus berbanding 16,729 kes bagi tempoh sama tahun sebelumnya.

Dalam tempoh sama, 52 kematian dilaporkan berbanding 27.

 

UTAMAPOLITIKSelangor Diancam Demam Denggi

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium