Selangor Kini Juara Masalah Bekalan Air Di Malaysia

Selangor dulu terkenal kerana sering menjadi juara Piala Malaysia, namun kini Selangor sejak dibawah pemerintahan kerajaan PKR-DAP telah menjadi juara masalah bekalan air di Malaysia.

Sejak 2012 hingga 2018, Selangor menjadi juara, sudah 5 tahun berturut turut negeri Selangor jadi juara. Selain itu Selangor juga menjadi Juara Denggi, Juara Sampah, Juara Jalan Berlubang dan Juara Sungai Tercemar di Malaysia.

5 kejuaraan yang Selangor juarai ini, tropinya dijulang oleh Azmin Ali. Mungkin sebab itulah Azmin tidak benarkan pasukan Red Giants main lagi di Stadium Shah Alam kerana Azmin sudah berbangga dengan lima tropi kejuaraan ini.

Selangor dinobatkan “juara masalah air” berdasarkan laporan ‘Malaysia Water Industry Guide’ oleh Persatuan Air Malaysia (Malaysian Water Association), pada tahun 2015 hingga 2016.

Kejuaraan Selangor sebagai pemenang piala masalah air di Malaysia adalah berdasarkan kategori ini iaitu jumlah kes terbanyak aduan kes bocor, jumlah kes terbanyak aduan kualiti air, jumlah aduan terbanyak kes tekanan air rendah dan jumlah kes terbanyak aduan masalah gangguan air.

Bagi jumlah aduan paip bocor, Selangor mencatatkan kes sebanyak 123,673 pada tahun 2015 dan meningkat ke 123,930 pada tahun 2016 berbanding 13 negeri lain di Malaysia yang mencatat jumlah kes kurang dari 100,000.

Selain itu, bagi kes aduan kualiti air, Selangor mencatat kes sebanyak 2,962 pada tahun 2015 dan sebanyak 2,894 kes pada 2016. Manakala bagi aduan tekanan air, jumlah kes meningkat daripada tahun 2015 iaitu sebanyak 32,199 kes ke tahun 2016 iaitu sebanyak 33,126 kes.

Selangor juara masalah gangguan air iaitu sebanyak 235,650 kes aduan pada tahun 2015 meningkat naik sehingga 259,537 kes pada tahun 2016.

Terbaru, krisis bekalan air berlaku lagi bermula hari Selasa lepas dan dijangka berlanjutan sehingga hari ini. Namun hingga kini belum ada tanda pemulihan. Rakyat Selangor terus sakit pinggang angkut air, Azmin tidak ambil peduli apa yang rakyat alami.

Mulanya kerajaan Selangor menjanjikan tempoh tiada air hanya sekitar 3 hari, tetapi kemudian dilanjutkan pula sehingga ke 6 hari, dan dijangka berlanjutan lagi ke 10 hari.

Yang menanggung seksanya adalah rakyat. Apabila rakyat menyuarakan ketidakpuasan hati, mereka jual pula cerita minta simpati, dengan melaporkan lima orang petugas yang terbabit dalam kerja pembaikan Loji Rawatan Air SSP3 di Bukit Badong, Ijok cedera parah.

Mereka minta orang ramai faham yang kerja pembaikan telahpun siap tetapi disebabkan kecelakaan yang tak disangka, mereka terpaksa memanjangkan lagi tempoh ketiadaan air.

Apakah tiada pekerja lain untuk baiki? Pandai buat cerita simpati. Jelas kerajaan pembangkang ini hanya mahu melepaskan diri sahaja.

Azmin pula tagih simpati dengan balut tengkuk. Masalah ini sudah dijangka, jadi mengapa tiada pelan kontingensi untuk situasi seperti ini? Bukankah ini tanggungjawab kerajaan Selangor?

Paling mengharukan ialah kes di mana seorang ibu yang sedang hamil keguguran saat mengangkat air yang dibekalkan oleh kerajaan . Holifah Siman keguguran kembar yang dikandungnya setelah mengangkat baldi berisi air ke tingkat 3 rumahnya.

Ada juga kes penghuni flat di Pandan Indah, Rahma Cahayawati, yang kecewa apabila menunggu sehingga jam tiga pagi menunggu air yang dijanjikan untuk penduduk di situ, namun hanya satu lori sahaja yang tiba mengakibatkan bekalan tak cukup untuk keseluruhan penduduk flat itu.

“Semalam saya telefon lagi saya nak tanya kawasan rumah saya tiada lori air ke? Dia (jurucakap SYABAS) boleh kata ‘tak pasti’, dan setahu saya hanya beberapa kawasan je yang ada lori air seperti di Pandan Jaya. Tak kan kami nak bawa baldi pergi ambil air kat sana? Buat aduan pun tiada maklum balas…,” katanya dengan nada kesal.

Kegagalan menguruskan krisis air ini juga menyebabkan peningkatan kos perbelanjaan rakyat Selangor kerana terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang banyak untuk membeli air bersih bagi meneruskan kelangsungan hidup.

“Kami sekeluarga juga tak boleh masak dan terpaksa makan di luar, dan ini menyebabkan kami banyak keluarkan duit termasuklah beli air mineral bagi bekalan air bersih untuk minum,” kata surirumah, Faridah Mat Rashid.

Datuk Seri Ir Dr Zaini Ujang, Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air merumuskan bahawa ada 5 punca utama masalah air di Selangor iaitu :

1) Sumber air tidak mencukupi
2) Tiada rizab air
3) Kelewatan pembinaan loji Langat 2
4) Kes paip pecah yang banyak
5) Kelewatan kerajaan Azmin Ali ambil alih SPLASH

Rakyat harus bertindak, jangan biar kerajaan Azmin Ali yang ego dan bongkak ini terus memerintah Selangor. Mereka tidak peduli pun masalah air yang dihadapi rakyat ini.

Setiap rakyat Selangor harus ajar mereka atas kertas undi. Tumbangkan kerajaan PKR-DAP di Selangor. Hanya ini sahaja jalan penyelesaian untuk selesaikan masalah krisis air ini.

Buat apa hendak bangga jadi juara masalah air. Buat apa hendak bangga bagi air percuma kalau air pun tidak ada. Jangan biar ada lagi anak dalam kandungan meninggal kerana masalah air di Selangor.

————
Rujukan:
https://pakdin.my/tag/krisis-air

Tulisan :
Beruang Biru
BB814, Ahad
11 Mac 2018

Comments (18)

  1. Nicholas Soparman Saturday, March 24, 2018 -03-24 02:48:20'
  2. شیفول عمر Friday, March 23, 2018 -03-23 23:22:15'
  3. Har Muhd Friday, March 23, 2018 -03-23 23:01:53'
  4. Mohamed Zuhri Amir Friday, March 23, 2018 -03-23 20:58:23'
  5. Amirul Ashraf Friday, March 23, 2018 -03-23 20:09:06'
  6. Shahjehan Sickander Masthan Friday, March 23, 2018 -03-23 19:31:51'
  7. Abd Latiff Bin Shahrir Friday, March 23, 2018 -03-23 18:46:26'
  8. Bro Abracuss Friday, March 23, 2018 -03-23 17:44:13'
  9. Cili Cili Friday, March 23, 2018 -03-23 14:42:11'
  10. Khairul Izuan Friday, March 23, 2018 -03-23 13:44:50'
    • Jejakahebat Hebat Friday, March 23, 2018 -03-23 14:52:55'
    • Khairul Izuan Friday, March 23, 2018 -03-23 15:46:52'
    • Mohamed Zuhri Amir Friday, March 23, 2018 -03-23 21:06:19'
  11. Ivan Chong Friday, March 23, 2018 -03-23 12:28:18'
    • Bro Abracuss Friday, March 23, 2018 -03-23 17:45:19'
  12. Misnan Yusak Friday, March 23, 2018 -03-23 12:15:41'
  13. Ned Salleh Friday, March 23, 2018 -03-23 12:00:29'
  14. Mohd Azizafril Abu Hasan Friday, March 23, 2018 -03-23 11:40:19'