Selesaikan Isu FGV Sebelum Aidilfitri – Najib Garis 3 Prinsip Penyelesaian - pakdin.my

KULAI: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggariskan tiga prinsip utama untuk menyelesaikan kemelut Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) dan mahu isu itu diselesaikan dalam bulan Ramadan ini juga.

“Pertama, ia (siasatan) mesti mematuhi undang-undang syarikat. Kedua, ia mesti selaras dengan urus tadbir baik dan ketiga, proses siasatan mestilah melalui proses yang adil,” kata beliau ketika berucap pada majlis Ihya Rahmat Ramadan Felda Peringkat Kebangsaan di Felda Sungai Sayong, di sini, malam Sabtu.

Menurut Najib, pelantikan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala sebagai pihak bebas untuk menangani kemelut melanda FGV itu, adalah berpandukan tiga prinsip tadi.

Ini juga bagi memastikan fakta-fakta yang diperoleh adalah tepat dan akhinya kerajaan dapat membuat keputusan berhubung kemelut FGV.

Beliau yang juga Menteri Kewangan itu berkata, ia merupakan hasrat kerajaan bagi melihat kemelut ini segera dipulihkan.

UTAMASelesaikan Isu FGV Sebelum Aidilfitri - Najib Garis 3 Prinsip Penyelesaian

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium