Seleweng Dana RM1.5b: Adik Shafie Apdal Individu Ketujuh Ditahan SPRM

Adik Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal iaitu Hamid Apdal, 52, menjadi individu ketujuh ditahan bagi membantu siasatan penyelewengan dana kebajikan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah antara tahun 2009 hingga 2015.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu kenyataan mengesahkan Hamid ditahan di pejabat agensi itu pada pukul 9.30 malam.
Terdahulu, SPRM pada petang tadi turut menggeledah rumah Hamid di Putatan bermula pukul 2.30 petang hingga 6 petang untuk mencari bahan bukti bagi membantu siasatan.
Sebelum itu, Hamid hadir ke pejabat SPRM pada pukul 10.30 pagi ini untuk memberi keterangan berhubung siasatan yang dibuat mengikut Seksyen 17a Akta SPRM 2009.

7 Replies to “Seleweng Dana RM1.5b: Adik Shafie Apdal Individu Ketujuh Ditahan SPRM

Leave a Reply