Seleweng Dana RM1.5b: Penahanan 3 Ahli Politik Sabah Bukti Bukan Tindakan Berpilih

SPRM menahan dua Ketua Pemuda Umno Sabah serta seorang  pemuda Parti Warisan Sabah (WARISAN).
Mereka yang ditangkap adalah Ketua Wira WARISAN, Datuk Mohd Azis Jamman, Ketua Penerangan Pemuda Umno, Jamawi Jaafar, dan Ketua Pemuda Umno Tawau, Ariffin Kassim.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (operasi) Azam Baki mengesahkan penahanan itu.
Mohd Azis dan Jamawi, yang juga ketua pemuda Umno Tenom, ditahan di ibu pejabat SPRM Sabah di Kota Kinabalu, sementara Ariffin ditahan di pejabat badan itu di Tawau.
Jamawi merupakan bekas Pegawai Khas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah kini adalah pegawai khas di Kementerian Komunikasi dan Multimedia.
Penahanan itu berkaitan membantu siasatan dakwaan penyelewengan dana Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang diketuai menterinya ketika itu YB Datuk Seri Shafie Apdal yang kini Presiden Parti Warisan.
Mohd Azis Jamman merupakan anak saudara Shafie Apdal bekas Ketua Pemuda UMNO Semporna yang juga Pengerusi Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) kini Ketua Wira Warisan menyertai Shafie Apdal ketika digugurkan dan menubuhkan parti baru.
Ariffin Kassim pula Ketua Pemuda Tawau seorang ahli perniagaan dan rakan kongsi kepada Yu Sin Kong Syarikat Sinkong Contructions Sdn Bh serta rakan rapat kepada Dato’ Azis Jamman dan Jamawi Jaafar.
Penahanan Jamawi Jaafar adalah usaha membantu siasatan tentang penglibatan Shafie Apdal dalam memberi projek kepada syarikat kroni Shafie Apdal.
Mohd Azis, Jamawi dan Ariffin dibawa ke mahkamah direman hari ini.
SPRM menahan naib presiden WARISAN Peter Anthony Khamis lalu, dan dikenakan reman lima hari keesokannya.
Shafie Apdal Presiden Warisan sebelum ini berkata penangkapan Peter Anthony Naib Presiden dan Azis Jamman Ketua Wiranya merupakan usaha terancang berpilih untuk melumpuhkan Warisan.
Hari ini SPRM membuktikan SPRM tidak tidak  membuat tindakan berpilih apabila turut menahan Ketua Pemuda Tenom dan Tawau.
Terbaru SPRM menahan adik Dato’ Seri Shafie Apdal Hj Hamid Apdal.

14 Replies to “Seleweng Dana RM1.5b: Penahanan 3 Ahli Politik Sabah Bukti Bukan Tindakan Berpilih

Leave a Reply