Selfie Punya Hal – 5 Jatuh Gaung Sedalam 24 Meter Di Kuala Besut - pakdin.my

Lima pelajar universiti yang terjatuh ke dalam gaung sedalam 24 meter berjaya diselamatkan, tetapi terpaksa menanggung malu kerana kejadian itu berlaku gara-gara mereka mengambil gambar ‘selfie’.

Nasib mereka baik kerana tiada seorang pun daripada mereka mengalami cedera parah dalam kejadian yang berlaku di puncak Bukit Keluang, di Kuala Besut pada Rabu.

Kelima-lima mereka, dari Universiti Malaysia Kelantan (UMK), sedang melakukan aktiviti mendaki bersama 20 pelajar lain apabila mereka berhenti untuk mengambil beberapa keping gambar ‘selfie’ tetapi akhirnya tergelincir dan jatuh ke dalam gaung sedalam 24 meter.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Besut Mohd Zaini Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada pukul 1.15 tengah hari, dan lima anggota dari balai bomba Kampung Raja bergegas ke tempat kejadian.

“Sehingga petang ini, dua daripada pelajar terbabit, iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan berjaya dibawa naik. Bomba masih berusaha membawa keluar tiga lagi pelajar.

“Keadaan gaung yang dalam menyukarkan kerja menyelamat mangsa,” katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan di halaman Facebook jabatan itu, Rabu.

Kemalangan berkaitan ‘selfie’ semakin meningkat, dengan 27 orang maut akibat insiden seumpama itu di seluruh dunia tahun lalu.

UTAMABERITASelfie Punya Hal - 5 Jatuh Gaung Sedalam 24 Meter Di Kuala...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium