Semua Orang Kuat MIC Akan Jadi Calon Kerusi Parlimen – Palanivel - pakdin.my

palanivel-1-300x202Presiden MIC Datuk Seri G.Palanivel malam ini membayangkan, selain beliau, timbalannya Datuk Seri Dr S. Subramaniam dan dua naib presiden — Datuk M. Saravanan dan Datuk K.S.Devamany akan bertanding di empat kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Lima lagi kerusi Parlimen dijangka turut ditandingi oleh MIC, yang bakal menampilkan muka baru, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) di ibu pejabat parti itu, di sini.

Pada PRU ke-12, MIC bertanding di Parlimen Tapah, Sungai Siput (Perak); Hulu Selangor, Kapar, Kota Raja, Subang (Selangor), Segamat (Johor), Teluk Kemang (Negeri Sembilan) dan Cameron Highlands (Pahang).

Daripada sembilan kerusi itu, MIC hanya menang tiga kerusi iaitu Segamat, Tapah dan Cameron Highlands, serta merampas Hulu Selangor semula melalui pilihanraya kecil pada 2010 menerusi P.Kamalanathan.

Ditanya sama ada Kamalanathan akan dicalonkan semula di kerusi Hulu Selangor, Palanivel berkata: “Hulu Selangor merupakan kerusi boleh menang Tetapi, kita tidak boleh umum lagi siapa calon. Hanya Perdana Menteri akan umum”.

Palanivel turut mengumumkan bahawa kesemua calon yang dimuktamadkan bagi sembilan kerusi Parlimen dan 19 kerusi dewan undangan negeri, menepati ciri-ciri sebagai calon boleh menang serta telah lama berkhidmat dalam parti dan memiliki kelayakan akademik.

Walau bagaimanapun, beliau berkata MIC masih di peringkat perbincangan dengan parti komponen Barisan Nasional (BN) lain untuk membuat pertukaran dua kerusi negeri di Perak dan satu di Johor.

Sebelum ini, laporan media mengatakan MIC bersedia melepaskan kerusi Behrang dan Pasir Panjang sebagai pertukaran dengan kerusi Buntong, yang mempunyai 48 peratus penduduk India, manakala satu kerusi lagi masih di peringkat rundingan.

Dalam perkembangan lain, Palanivel berkata bilik operasi MIC telah mula beroperasi di seluruh negara.

UTAMAPILIHAN RAYASemua Orang Kuat MIC Akan Jadi Calon Kerusi Parlimen - Palanivel

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium